suria

Kecoh! Pemilik bisnes burger bongkar aktiviti haram di Sungai Buloh... rupa-rupanya lelaki berjanggut ini banyak bantu orang susah, siap sediakan tempat tinggal

Siapa sangka? Rangkaian burger itu juga banyak menjalankan program untuk membantu mereka yang mahu menjadi usahawan.

DISEBALIK kontroversi dakwaan pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh, pemilik rangkaian gerai burger yang kini sedang tular sebenarnya banyak menjalankan usaha murni membantu golongan memerlukan.

Jika disoroti laman Facebook Hot Burger Malaysia yang dimiliki oleh Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut, dia ada menawarkan program khas untuk pemuda menganggur bagi mengubah nasib diri dengan menjadi usahawan.

Menerusi satu posting pada 17 Julai lalu, dia mengumumkan misi tersebut yang mensasarkan peserta terlibat menjana pendapatan minima RM4,000 sebulan dalam tempoh setengah tahun pertama.

ARTIKEL BERKAITAN: Belajar engineering tapi akhirnya kerja jual burger demi ibu dan kakak autisme - “Susah nak lepak dengan kawan”

ARTIKEL BERKAITAN: Graduan IPTA jual burger bingung poket dah kering, nak bayar kereta pun tak lepas - “Nikah dulu, kenduri mungkin tangguh”

"Bismillah. Hot Burger akan melancarkan program terbaharu khas untuk pemuda yang tidak mempunyai pekerjaan

"Skim terbaharu ini tidak memerlukan sebarang modal, tempat tinggal disediakan bagi yang memerlukan, misi untuk lahirkan usahawan muda demi menyahut seruan kerajaan mengurangkan penganggur di Malaysia," tulisnya di Facebook.

Selain pertanyaan oleh mereka yang berminat, posting itu turut menerima pujian netizen menerusi ruangan komen yang rata-ratanya berterima kasih atas peluang yang dibuka syarikat itu.

Difahamkan, ia bukanlah program pertama yang dianjurkan rangakaian burger terkenal itu, malah mereka juga pernah membuka peluang pekerjaan dengan modal serendah RM1,500 sahaja.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar. (Foto: Sinar Harian)

Dengan niat untuk membantu, mereka turut menyediakan kelengkapan buat pihak yang berminat untuk menjadi peniaga di bawah rangkaian itu pada kadar yang cukup berpatutan.

Sehingga kini, rangkaian berkenaan memiliki cawangan di serata lokasi termasuklah di Bandar Baru Sungai Buloh, Bukit Antarabangsa, Bandar Sunway, Pandan Mewah dan banyak lagi.

Baru-baru ini, Asri menjadi tular setelah dia berkongsi dua video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung, mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Individu berkenaan telah membangkitkan isu kegiatan perjudian di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.

SUPRITENDAN SHAFA'ATON ABU BAKAR

Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.

"Polis akan siasat dakwaan individu terbabit yang mengatakan berlakunya kegiatan perjudian di kawasan itu," katanya.

Menerusi satu lagi laporan di Sinar Harian pada Ahad, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, Asri yang disyaki menularkan video berkenaan akan dipanggil dalam masa terdekat.

"Individu berkenaan telah membangkitkan isu kegiatan perjudian di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh.

Salah satu video yang dikongsi Asri.

"Dia turut memuat naik status berkemungkinan dirinya akan dibunuh atas tindakan memuat naik video di laman sosial," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.

Shafa'aton berkata, pemilik akaun Facebook itu juga tidak berpuas hati terhadap tindakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang menyita gerai burger miliknya.

"Kita telah menerima dua laporan polis berhubung video berkenaan daripada Ketua Balai Polis Sungai Buloh dan MBSA," katanya.

Beliau berkata, video yang tular di media sosial itu boleh menimbulkan fitnah dan merosakkan imej Polis Diraja Malaysia dalam menangani kegiatan perjudian di Sungai Buloh.

Rangkaian burger itu memiliki banyak cawangan di serata lokasi dan turut membantu usahawan baharu menjana pendapatan.

"Maklumat yang diberikan dalam video tersebut juga tidak tepat," katanya.

Shafa'aton berkata, pihaknya telah membuat enam serbuan di tempat berasingan di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

"Kita menahan dua lelaki warga Bangladesh dan merampas lima tablet, satu modem dan wang tunai RM114 dalam serbuan itu," katanya.

Beliau berkata, manakala lima serbuan di tempat berlainan pula mendapati premis yang dinyatakan dalam keadaan berkunci.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain