suria

Gara-gara ‘gatal sangat’, kakak gelabah saksi garfu tembus lidah adik – “Dah kena tegur dengan mak sebab bahaya”

Yasmin (kanan) berhadapan detik cemas apabila lidah adiknya tertusuk garfu ketika bersiar-siar menaiki kereta.

"TAK payahlah pakai tu. Besi tu bahaya."

Demikian 'mulut masin' seorang ibu sebelum tiga beranak berdepan detik cemas apabila lidah seorang gadis tertusuk dengan sebatang garfu dalam satu kejadian di dalam kereta.

Menerusi rakaman dari kamera di papan pemuka (dashboard), kakak kepada gadis berkenaan kelihatan amat panik apabila melihat situasi ngeri yang menimpa adiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Abang kering tekak, adik jadi 'mangsa' prank... reaksi budak umur 6 tahun ini tetap 'cool' walau cuaca panas!

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tumpahkan mi goreng, abang sental kereta... Lelaki ini terkedu disuruh tengok kiri "Nampak senang, tapi bukan mudah nak bersihkan"

Bagaimanapun, situasi cemas bertukar lucu apabila adegan 'tertusuk garfu' diakhiri dengan gela tawa adiknya yang hanya membuat gurauan (prank).

Keadaan lidah adik Yasmin yang 'tertusuk' garfu.

Kakak kepada 'mangsa', Nur Yashira Yasmin Ahmad Azwadi berkata, sejujurnya dia tidak menyangka ia merupakan prank walaupun ketika kejadian, rakaman dibuat di dalam kereta.

Wanita berusia 24 tahun itu menjelaskan bahawa adik perempuannya yang berumur 20 tahun itu sering membuat rakaman mengenai aktiviti keluarga untuk dikongsi di laman YouTube.

"Adik saya baru sebulan ada YouTube channel. Jadi, setiap minggu ada beberapa rakaman yang dibuat dan dimuatnaik, kebanyakannya mengenai famili dan cabaran.

"Sebab tu saya tak pelik ada kamera di dashboard sebab adik kata nak rakam gelagat kami bertiga termasuk mak dalam kereta keluar berjalan-jalan," katanya kepada mStar.

Yasmin (kanan) dan adiknya.

Mengimbas semula detik sehari sebelum kejadian, wanita yang lebih mesra disapa Yasmin memberitahu adiknya beberapa kali mengadu lidahnya gatal.

"Tak tahu apa puncanya tapi adik asyik kata bawah lidah dia gatal sangat. Banyak kali juga dia tanya sampai minta saya tengok periksa lidah dia.

"Adik kemudian mula garu lidah dia guna garfu. Tapi tak sangka pula dia bawa garfu sampai ke dalam kereta esoknya sampai kena tegur dengan mak sebab bahaya," ujarnya yang merupakan anak sulung daripada dua beradik.

Lidah palsu yang menjadi bahan gurauan adik Yasmin.

Yasmin yang menetap di Klang, Selangor mengakui insiden cemas itu membuatkannya amat terkejut selain panik kerana tidak pernah mengalami situasi berkenaan sepanjang hidupnya.

"Saya panik sampai tak tahu nak buat apa. Tak pernah rasa panik sebegitu. Memang tak boleh nak fikir sebab berlaku pada adik sendiri.

Tak boleh bayangkan kalau perkara tu betul-betul. Saya lega ia sebenarnya prank.

NUR YASHIRA YASMIN

"Bagi saya, ia (lidah tertusuk garfu) sesuatu yang amat menakutkan dan mengerikan. Saya seorang je yang tengok dan mak tak berani tengok sebab tengah memandu," tambahnya.

Namun dia amat lega apabila suara adiknya yang menjerit kesakitan itu bertukar ketawa, selepas berjaya mempersendakannya menggunakan lidah palsu.

Yasmin (kanan) bersama adik (tengah) dan ibunya.

"Ramai netizen persoalkan kenapa saya tak maki adik sebab kena prank. Jujurnya, bila adik gelak tu saya rasa teramat lega sebab tahu ia sekadar prank.

“Tak boleh bayangkan kalau perkara tu betul-betul. Sudah tentu sayang lebih-lebih lagi hanya dia saja adik yang saya ada. Jadi, saya lega ia sebenarnya prank," katanya sambil menambah gurauan adiknya itu sebenarnya telah dirancang awal bersama ibunya.

Yasmin yang merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat bagaimanapun berasa kelakar apabila melihat rakaman prank tersebut.

"Mujur juga berlatih dulu sebab mak ni pun penakut juga. Kalau adik tak beritahu mak, agaknya mak lagi panik daripada saya. Bila saya tengok reaksi saya tu kelakar sebab sehodoh-hodohnya muka saya bila panik," ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
lidah, garfu, prank, YouTube, gatal. gurau, viral

Artikel Lain