suria

Suami periksa telefon isteri, darah berderau baca grup WhatsApp famili - “Orang yang paling rapat, mendoakan emak aku mati!”

Seorang suami terkejut apabila mengetahui 'belang' sebenar isterinya selepas memeriksa perbualan WhatsApp wanita itu. -Gambar hiasan

HUBUNGAN perkahwinan bukan hanya ikatan melibatkan suami isteri sahaja, sebaliknya turut melibatkan keluarga kedua-dua belah pihak.

Beruntungnya seseorang sekiranya mempunyai hubungan yang baik dengan mentua dan ipar duai ibarat keluarga sendiri.

Namun, tidak semua individu dapat menerima keluarga mentua mereka seadanya, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu dah anak 3 tapi isteri malas masak... barang dalam fridge semua rosak, asyik bergosip adik-beradik - “Baju tak basuh tak lipat tu memang tak payah cerita la”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 tahun kahwin, suami kantoi curang hampir 10 kali – “Dia masih main Tinder, WeChat... saya lari balik kampung”

Menerusi coretan di dalam laman Facebook Kisah Rumah Tangga (KRT), lelaki ini meluahkan rasa terkejut dan terkilannya selepas mendapat tahu 'belang' sebenar isterinya.

Menurutnya, semuanya terbongkar selepas dia tergerak hati untuk memeriksa telefon bimbit milik isterinya itu.



Perkongsian seorang suami yang meluahkan rasa sedih selepas mengetahui 'belang' isterinya.

"Aku saja check telefon bini aku baru-baru ini. Dalam group (WhatsApp) famili dia, aku tak ada. Aku saja scroll perbualan group tu.

"Pedih dan terkilan pun ada. Bini aku orang paling rapat dengan aku, cakap dalam group WhatsApp diaorang.... mendoakan emak aku mati. Berderau aku rasa," tulisnya pada perkongsian tersebut.

Hasil carian daripada perbualan tersebut juga, isteri lelaki berkenaan bersama ipar duai turut 'membawang' mengenai keluarganya.



Menurut si suami, menerusi perbualan WhatsApp tersebut, isterinya juga ada menyebut mahu mengghantar santau kepada ibunya. -Gambar hiasan

"Siap cakap nak santau, nak bagi korona dekat emak aku. Aku rasa benda ini keterlaluan.

"Bini aku kalau balik kampung (aku tak ikut), emak aku selalu masakkan bungkus untuk diaorang dalam perjalanan.

"Kalau korang sebgai suami atau berada di tempat aku, apa korang buat? Lagi satu hal, famili belah bini aku belajar agama dan boleh hukum orang masuk neraka bagai. Adakah ini kesan dari ilmu dia belajar?" katanya lagi sambil meminta pendapat warga laman Facebook itu.

Perkongsian lelaki tersebut mengundang lebih 1,000 komen daripada netizen yang rata-ratanya memberikan pandangan agar lelaki berkenaan berbincang dengan isterinya.



Rata-rata netizen memberikan nasihat agar lelaki itu berbincang bersama isterinya.

"Tanya wife apa punca dia benci sangat dengan mak awak dan tanya juga mak awak ada tak pernah terluah kata-kata kesat dekat wife awak. Bagi saya, orang waras takkan bertindak macam wife awak," komen seorang netizen.

"Dalam hal rumah tangga ni apa-apa masalah kecil ke besar ke, suami isteri kena duduk berbincang berdua. Ingat, berdua sahaja tanpa campur tangan orang lain," komen seorang netizen lain.

"Benda macam ni jangan dipendam bang, takut jadi punca perang besar. Kalau sayangkan rumah tangga, nasihat saya cari masa sesuai untuk berdepan dengan isteri bincang hal ni," nasihat netizen yang lain pula.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain