suria

Tendangan padu sampai bola jatuh atas lori, mujur Pok Din baik hati kalau tak bye-byelah... paling sempoi anak Terengganu ini ada team sendiri di Mesir

Tendangan padu menyebabkan bola (gambar kecil) melepasi pagar di Padang Sintetik Tok Jiring di Kuala Terengganu, sebelum jatuh di atas lori yang sedang bergerak.

TIDAK perlu jadi pemain bola sepak profesional atau bintang dari kelab terkemuka dunia untuk menghasilkan tendangan padu hingga menjadi bualan ramai.

Begitulah yang dialami oleh sekumpulan anak muda tempatan yang bermain bola sepak di sebuah padang, dengan sepakan kencang ternyata memberi impak luar biasa.

Bukan menembusi gawang, sebaliknya sepakan itu melangkaui pagar hingga ke tengah jalan sebelum landing di atas lori yang bergerak.

ARTIKEL BERKAITAN: "Strike ke bulan" - Kecoh bola boling tak masuk longkang, tapi tembus siling... ramai nak tahu di mana ia 'mendarat'

ARTIKEL BERKAITAN: Bola boling tembus siling sebenarnya tak sampai bulan pun – "Mereka cabut lari, kasut pun dibiarkan macam tu je"

Menerusi video berdurasi 22 saat di laman Twitter itu, mereka kemudian hanya mampu merenung lori yang 'membawa' bola tersebut berlalu hingga hilang dari pandangan.



Irfan (kiri) bersama rakannya, Zikri yang menendang bola hingga ke tengah jalan. Foto ihsan Muhammad Irfan Rafiuddin Mohd Apandi

Pemuda yang berkongsi video berkenaan, Muhammad Irfan Rafiuddin Mohd Apandi berkata, kejadian berlaku selepas mereka bermain bola di Padang Sintetik Tok Jiring di Kuala Terengganu, Terengganu.

Anak muda berusia 22 tahun itu memberitahu, dia bersama rakan-rakan mahu menonjolkan kemahiran masing-masing dengan membuat tendangan padu secara individu.

"Semua bergilir buat tendangan untuk tengok siapa paling padu. Sebab tu ada buat rakaman ketika itu, tapi tak sangka pula tendangan kawan tu padu sangat sampai ke luar pagar.

"Dari padang hingga ke jalan raya tu jaraknya kira-kira 100 meter. Memang tak sempat kejar sebab lori tu bergerak, jadi mampu tengok dari jauh sajalah," katanya kepada mStar.



Pencarian bola mendapat respons oleh seorang pemandu lori.

Irfan yang berasal dari Dungun, Terengganu bagaimanapun berkata, dia kemudian berkongsi video tendangan padu itu di halaman Facebook Gabungan Anak Terengganu (Original) pada petang kejadian bagi menjejaki pemandu lori tersebut.

"Kira-kira dua jam selepas posting dibuat, pemandu lori itu memberi respons. Dia siap kongsi gambar bola kami. Ya, memang sah itu bola kami.

Dari padang hingga ke jalan raya tu jaraknya kira-kira 100 meter. Memang tak sempat kejar sebab lori tu bergerak, jadi mampu tengok dari jauh sajalah

MUHAMMAD IRFAN MOHD APANDI

"Kami berjumpa dengan pemandu lori bernama Pok Din esok paginya. Syukur dapat balik bola kesayangan. Terima kasih Pok Din!" katanya dengan nada teruja.



Bersama Pok Din (dua, kiri) yang menyerahkan kembali bola yang ditemui di lorinya.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, mereka bermain bola bersama sejak di bangku sekolah malah ada antara mereka pernah mewakili sekolah bagi zon Kuala Terengganu.

"Sebahagian kami juga kini menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar di Mesir. Di universiti juga kami mempunyai pasukan bola sendiri dari Terengganu.

"Antara perlawanan adalah kejohanan pelajar Asia di Mesir. Terengganu hantar dua pasukan untuk join. Kami masuk suku akhir lawan pasukan Thailand pada Februari lalu," ujar Irfan yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah di universiti itu.



Pasukan pelajar Malaysia dan Thailand ketika menyertai kejohanan di Universiti Al-Azhar.

Mengimbas kembali kejadian di Padang Sintetik Tok Jiring, Irfan berkata, mereka mungkin berusaha mengejar lori berkenaan sekiranya permainan sedang berlangsung.

"Tapi sebab dah habis game dan masing-masing pun penat, jadi tak larat nak kejar lori tu. Tapi bersyukur juga sebab dapat balik bola tu. Mujur Pok Din pun tinggal dekat Kuala Terengganu juga, kalau tak bye bye lah bola," ujarnya secara berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain