KOMITMEN beliau dalam memerangi penularan wabak Covid-19 di negara ini sememangnya diakui segenap lapisan masyarakat. Maka tidak hairanlah, rakyat menggelarkan beliau sebagai 'wira negara' sebagai menghargai jasa dan bakti yang dicurahkan. Terbaharu, Ketua Pengarah Kesihatan ini diberi penghormatan yang selayaknya apabila beliau dikurniakan pingat kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang ini bukan tentang saya...” - Dr Noor Hisham mahu fokus perangi Covid-19, anggap gelaran ‘wira negara’ bukan keutamaanARTIKEL BERKAITAN: Dr Noor Hisham Abdullah... Figura yang jadi sebutan kini, fakta ke-10 pasti kebanggaan diri dan keluarganya! Kurniaan pingat kebesaran itu adalah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang diadakan di Istana Melawati, Putrajaya, pada Isnin. Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, adalah di antara 12 penerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri. Sebagaimana sifatnya yang sentiasa merendah diri, Dr Noor Hisham menyifatkan kurniaan berkenaan adalah satu penghormatan kepada seluruh warga KKM. Figura ini cukup dikagumi seluruh rakyat Malaysia. "Ahamdulillah, gelaran dan darjah kebesaran ini merupakan satu penghormatan kepada semua petugas barisan hadapan dan di belakang tabir Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Ianya sekaligus merupakan lambang kepercayaan dan penghargaan kerajaan kepada penjawat awam. "Semoga segala penghargaan yang dikurniakan kepada para petugas dalam memerangi pandemik Covid-19 ini akan membakar semangat kami semua untuk terus menjalankan tugas demi kesihatan rakyat dan keselamatan negara," katanya menerusi satu posting di Facebook. Beliau turut memuat naik gambar sewaktu menerima penganugerahan tersebut di laman sosial itu. Perkongsian tersebut dibanjiri dengan ribuan ucapan tahniah daripada netizen yang turut sama melahirkan rasa gembira selain menyifatkan Dr Noor Hisham sememangnya layak menerima penganugerahan tersebut. Perkongsian beliau dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada netizen. "Tahniah Tan Sri. Prestasi yang hebat sememangnya layak mendapat pengiktirafan yang hebat," tulis seorang netizen. "Kami warga KKM turut bangga atas pencapaian kecemerlangan Tan Sri. Semoga terus berjaya menjadi pemimpin yang disanjung dan disayangi oleh semua rakyat Malaysia," tulis seorang netizen lain. "Tahniah, hero Malaysia," komen netizen lain pula. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 2,000 shares dan dibanjiri lebih 6,000 komen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!