suria

Rider kerja keras kumpul bajet kahwin, bakal isteri makin sayang selepas sehari ikut hantar makanan... pemuda kini dah dapat kerja lain, sebulan lagi nak nikah

Amirah dan Muhammad Fitri bakal mendirikan rumah tangga pada September ini.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Begitulah gambarannya mengenai kisah seorang gadis yang cuba menyelami kegigihan bakal suaminya, Muhammad Fitri Zahurrin, yang bekerja sebagai rider penghantar makanan.

Menurut Amirah Amran Gilbert, 23, pengalaman sehari mengikuti pemuda berusia 20 tahun itu keluar bekerja membuatkan dia lebih menghargai segala pengorbanan yang dilakukan untuk menghalalkan hubungan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider cun dah biasa dirinya jadi tumpuan! Selain sering dipuji, dapat juga makan free, duit raya - “Mak ayah agak risau”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita harap rider faham tugas, jangan beri alasan ‘lambat sebab cuaca’ - “Tak pernah dengar perkataan baju hujan kot”

Kisah Amirah serta foto memaparkan dirinya sedang menggalas beg rider yang berisi makanan menjadi tular setelah dia berkongsi di Twitter.

Bercerita kepada mStar, dia mengakui ia merupakan foto imbas semula insiden pada awal tahun ini, ketika itu teman lelakinya belum lagi mendapat pekerjaan baharu.

Pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga pada 16 September depan.

"Awal tahun hari tu, saya minta dengan dia nak ikut hantar makanan. Dia selalu cerita kena panas hujan, sakit belakang duduk atas motor lama-lama.

"Saya cakap nak try ikut, dia tak bagi. Tapi akhirnya dia bawa juga untuk hantar makanan dekat-dekat. Dapatlah saya rasa kena hujan masa tu. Saya jadi makin respect dengan dia.

Biasa nampak orang kerja rider ni macam senang je. Rupa-rupanya, sangat susah.

AMIRAH AMRAN GILBERT

"Saya bonceng dengan dia untuk hantar makanan. Tapi saya cuba sehari je, lepas tu dia tak bagi dah," ujarnya.

Namun kata Amirah, rezeki menyebelahi teman lelakinya itu apabila dia mendapat pekerjaan baharu di sebuah syarikat kek terkenal pada Februari lalu.

Mereka berkenalan dua tahun lalu sewaktu beekrja di sebuah restoran makanan segera.

Bercerita mengenai kisah perkenalan mereka, Amirah mendedahkan dia mula bertemu Fitri sewaktu sama-sama bekerja di sebuah restoran makanan segera sekitar dua tahun lalu.

Ujar Amirah, dia melihat pemuda itu cukup bekerja keras sekaligus membuatkan dia tersentuh hati akan keikhlasan yang ditonjolkan.

"Bila saya tengok dia kerja keras, kumpul duit untuk kahwin. Saya rasa terharu. Biasa nampak orang kerja rider ni macam senang je. Rupa-rupanya, sangat susah.

Amirah mengakui terharu dengan pengorbanan yang dilakukan bakal Muhammad Fitri selama ini.

"Semua kerja ada cabarannya. Bila saya sendiri dah rasa, baru tahu macam mana," ujarnya yang bekerja sebagai kerani di sebuah kedai perkakasan.

Berkongsi berita gembira, Amirah mendedahkan dia dan teman lelakinya itu akan melangsungkan perkahwinan pada 16 September depan di kediaman keluarganya di Puchong, Selangor.

Dalam pada itu, rata-rata pelayar Twitter turut menitipkan doa dan kata-kata semangat menerusi posting foto berkenaan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain