MEDIA sosial kecoh dengan sebuah video yang dirakamkan oleh seorang guru menunjukkan seorang murid mendedahkan bahawa bapanya mengambil air ketum. "OK, cikgu nak tanya sekali lagi. Siapa kat rumah bapa dia pandai masak?" suara guru yang membuat rakaman itu di dalam kelas dapat didengar. Kemudian ramai murid mengangkat tangan untuk menjawab sebelum kamera difokuskan kepada seorang murid perempuan yang duduk di meja hadapan.ARTIKEL BERKAITAN: "Cikgu pun tak semua bijak" - Tak mahu kecoh-kecoh, guru 'didik' ibu bapa merungut kerja sekolah anak bertimbun... senang, tak ada yang sakit hati!ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau cikgu marah anak saya, siap!" - Bapa ugut guru bagi banyak kerja sekolah ketika PKP, buat murid macam robot "Air ketum," jawab murid tersebut secara ringkas dalam keadaan tersipu-sipu, diikuti dengan gelak tawa murid-murid lain. Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi terutama dalam kalangan ibu bapa. Menerusi video berdurasi 15 saat yang tidak mendedahkan lokasi sekolah itu, murid tersebut kelihatan malu dan cuba menundukkan kepalanya selepas diketawakan oleh rakan-rakan. Sementara itu, penceramah motivasi, Mohd Fairuz Abu menerusi perkongsiannya di Facebook berkongsi mesej yang diterima daripada guru yang membuat rakaman tersebut. "Saya rakam dan forward video tersebut hanya untuk ibu murid saya dengan harapan jika benar ayah murid saya kaki ketum, harap dapat cover dari anak. "Saya tidak pernah sesekali memviralkan dalam Facebook atau group, hanya pada ibu ini. Mohon ketahui perkara sebenar dan bantu saya," ujar guru berkenaan. Guru tersebut turut mendakwa sepanjang perkhidmatannya, dia tidak pernah memuat naik sebarang aktiviti membabitkan murid-muridnya di laman sosial. "Jangan kata murid, kawan-kawan saya pun tidak. Saya cuma 'up' kan hal saya. Benda macam ni mengganggu saya, kasihankanlah saya," kata guru itu lagi. Pengakuan seorang guru yang didakwa membuat rakaman. Susulan pengakuan guru tersebut, Mohd Fairuz yang lebih dikenali sebagai Akhi Fairuz Al-Jengkawi mempersoalkan individu yang menyebarkan video tersebut ke media sosial. "Ibu kanak-kanak berkenaan mungkin ada jawapannya. Biasanya kalau video 'comel' begini, mestilah cepat-cepat nak kongsi dalam grup WhatsApp famili. "Bila dah tersebar di satu gup, bayangkan apa akan jadi selepas itu. Dan kita semua dah tahu video ini telah tersebar merata. Jadi, siapa yang betul dan siapa yang salah dalam isu ini? "Itu bukan tugas kita untuk mengadili. Biarlah pihak sekolah, PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) atau kementerian yang siasat," katanya sambil menambah bahawa guru tersebut memaklumkan soalan diajukan kepada murid kali kedua untuk mendapatkan 'bukti kukuh' menerusi rakaman. Niat cikgu baik, tapi kita khuatir ia akan timbul salah faham. Rujuk pentadbir sekolah, bincang apakah jalan yang terbaik untuk bantu murid ini, juga ayahnya MOHD FAIRUZ ABU Mohd Fairuz turut memberi cadangan bagi mengelakkan kejadian sama berulang, guru seharusnya tidak mengambil tindakan peribadi dengan menghantar video tersebut terus kepada ibu bapa. "Ya, niat cikgu baik, tapi kita khuatir ia akan timbul salah faham. Rujuk pentadbir sekolah, bincang apakah jalan yang terbaik untuk bantu murid ini, juga ayahnya. "Paling elok, panggil si ayah dan ibu murid datang ke sekolah. Maklumkan apa yang berlaku serta tunjukkan video itu. Kemudian, padam segera," katanya. Penjelasan guru berkenaan mengenai video yang tular. Jika benar dakwaan murid tersebut, tambah beliau, ibu bapa juga perlu dimaklumkan mengenai impak buruk yang dialami anak sekiranya si bapa tidak berubah. Menurut beliau, jika kes berat, bapa atau ibu murid terlibat dengan penyalahgunaan dadah, maka panjangkan terus kes kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). "Guru berkenaan akan buat laporan polis petang ini. Doakan yang baik-baik untuk cikgu ini, murid berkenaan dan ibu bapanya," ujar Mohd Fairuz. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 18, 2020 at 11:31pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!