suria

Dah 5 kali COD okay, kali ke-6 terus kena tokak... tuan rumah halau guna penyodok pun tak jalan! - “Angsa tu takut dengan anak perempuan dia”

Detik-detik lucu Abdul Syukur diserang seekor angsa yang sempat dirakam oleh isterinya.

SEBUT sahaja angsa, pasti ramai yang cuba untuk mengelak daripada bertembung dengan 'samseng kampung' itu.

Manakan tidak, haiwan berkenaan terkenal dengan sifat garangnya yang tidak mengira sesiapa untuk dijadikan mangsa patuknya.

Begitu juga halnya dengan lelaki ini apabila dia turut menjadi sasaran ketika membuat penghantaran barang ke rumah salah seorang pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuan rumah buat ‘khianat’ jerit ‘anggg’... tetamu lari tak cukup tanah, ajar cara halau pun tak mahu buat - “Dari jauh dah nampak angsa tu bersantai di laman rumah”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru kerja seminggu, runner ini dah 3 kali ‘diserang’ haiwan! Dikejar angsa sampai belakang rumah, kotak barang jadi ‘perisai’

Detik-detik lucu ketika 'serangan' berlaku sempat dirakam oleh isterinya yang kemudian memuat naik di laman Facebook

"Ingat senang ka COD ni haaaa. Seb bek (nasib baik) bukan aku yang kluaq (keluar). Kalau tidak mampoih (mati) aku qiau (menangis) tang tu (dekat situ)," demikian kapsyen yang dimuat naik bersama video tersebut.



Video dirakam oleh isteri Abdul Syukur yang sedang berada di dalam kereta, dan kemudian memuat naik di Facebook.

Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki yang bernama Abdul Syukur Ismail ini berkata kejadian tersebut berlaku pada Ahad lalu sewaktu dia bersama isteri membuat penghantaran barang (COD) ke rumah pelanggan yang terletak di Ayer Hangat, Langkawi.

"Saya dan isteri naik kereta. Masa sampai dan keluar kereta, angsa tu memang ada dekat tepi rumah tapi tak ada apa-apa masalah. Ia hanya usha (tengok) saja.

"Tapi masa saya nak pergi ke kereta untuk ambil duit baki, sebaik saja saya bergerak, ia pun bergerak sekali dan terus patuk kaki.

Rasanya ini kali keenam saya ke rumahnya. Sebelum ni memang angsa tu berkelakuan elok saja... tak tahu kenapa kali ni dia tertarik nak tokak.

ABDUL SYUKUR ISMAIL

"Terkejut juga dibuatnya... puas juga saya mengelak dan cuba halau tapi tak menjadi. Tuan rumah pun cuba tolong halau, dia ambil penyodok dan kuis angsa tu... tak menjadi juga.

"Dia pun takut dengan angsa tu. Akhirnya tuan rumah panggil anak perempuannya untuk tolong halau, barulah angsa tu lepas. Kata tuan rumah, angsa tu memang takut dengan anak perempuan dia. Tapi dengan orang lain 'tak jalan'," ceritanya mengimbas insiden tersebut.



Kejadian Abdul Syukur diserang seekor angsa sewaktu membuat penghantaran barang ke rumah pelanggannya.

Menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini, dia sedia maklum pelanggannya memelihara seekor angsa kerana sudah beberapa kali menghantar barangan pesanan ke rumahnya.

"Rasanya ini kali keenam saya ke rumahnya. Sebelum ni memang angsa tu berkelakuan elok saja... tak tahu kenapa kali ni dia tertarik nak tokak (gigit)," kata anak jati Pulau Langkawi ini lagi.



Bapa kepada tiga cahaya mata ini tidak menyangka video yang dimuat naik isterinya menjadi viral.

Tidak menyangka video tersebut menjadi viral, Abdul Syukur bagaimanapun berkata insiden berkenaan tidak membuatkannya fobia dengan angsa, walaupun pernah mempunyai pengalaman dikejar haiwan berkenaan ketika kecil.

"Maca kecil-kecil pernah kena ligan (kejar) tapi kali ni yang kena tokak (gigit). Walaupun terkena juga isi, tapi tak sakit pun.

"Cuma lepas ni mungkin lebih berhati-hati kalau ke sana. Tuan rumah pun minta maaf lepas kejadian tu,"ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
angsa, COD, penyodok, gigit, tuan rumah

Artikel Lain