PADA pandangan segelintir individu, kaum lelaki sememangnya kurang peka dengan kekemasan bilik tidur mereka. Namun, kurang tepat sekiranya tanggapan itu dibuat secara pukul rata kerana tidak semua lelaki bersikap sebegitu. Di Twitter misalnya, seorang ejen hartanah menjadi tular gara-gara foto dekorasi bilik di rumah sewanya yang cukup mendamaikan mata memandang. ARTIKEL BERKAITAN: "Tak semua lelaki pengotor", dekorasi DIY pelajar ini kejutkan ramai teman sekampus ARTIKEL BERKAITAN: Bilik tidur gaya kampung disuntik elemen trendy, pelajar UiTM puas hati transformasi RM2,000 menjadi - “Saya bukan jenis terperap dalam bilik” Bercakap kepada mStar, Muhammad Shafiq Abdul Razak, 28, mengakui baru sahaja mendiami bilik utama di kediaman berkenaan yang terletak di Cheras, Selangor, enam bulan lalu. "Saya dah menyewa enam bulan, kebetulan rumah ni berdekatan dengan pejabat. Masa mula-mula masuk, bilik ni ada katil dan almari je. "Jadi barang-barang lain macam meja study, rak untuk barang peribadi serta pokok-pokok saya beli sendiri. Keadan asal bilik itu sewaktu dia mula-mula berpindah. "Ramai orang kata lelaki tak reti jaga bilik, tak reti mengemas. Saya setuju juga dengan sesetengah netizen. "Tapi ia sebenarnya bergantung pada individu, bukan jantina," ujarnya sewaktu dihubungi. Mesra disapa Shafiq, dia turut mendedahkan kos hiasan biliknya itu cukup rendah memandangkan dia hanya membeli barangan terpakai sahaja. Barang dalam bilik saya nampak mahal, tapi saya beli semua second hand. MUHAMMAD SHAFIQ ABDUL RAZAK Malah katanya, konsep hiasan moden dengan suntikan elemen semulajadi itu diinspirasikan hasil kunjungannya ke rumah-rumah contoh bersama pelanggan sebelum ini. "Sebab saya bekerja dalam bidang ni, memang dah biasa bawa client ke rumah-rumah contoh. Saya selalu tertarik dengan dekorasi rumah contoh. "Dari situ timbul minat. Nak kata tahu susun barang, mengemas... tak juga. Tapi saya mula tahu sejak jadi ejen hartanah. Shafiq berkongsi foto bilik tidurnya menerusi laman Twitter sehingga ia mengundang perhatian ramai. "Kalau perasan, barang dalam bilik saya nampak mahal, tapi saya beli semua second hand. Tambahan pula masa Covid-19 hari tu tak ada buat apa-apa. "Tak lebih RM300. Meja study tu RM60 je, buruk tapi saya cat balik sendiri. Kerusi pun saya beli second hand termasuklah rak untuk letak perfume," ujarnya lagi. Tambah Shafiq, dia mengakui penting untuk setiap individu memiliki bilik yang kemas memandangkan ia merupakan tempat untuk berehat selepas seharian penat bekerja. Dekorasi moden dengan suntikan elemen semulajadi. "Bila balik rumah, kita nak berehat dengan selesa. Jadi bilik tu perlu kemas untuk saya tenangkan fikiran. "Bila bilik kemas, idea pun senang nak datang. Sebab kadang-kadang pun saya bekerja dari rumah," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Shafiq mengakui tidak sangka posting dikongsi di Twitter meraih perhatian ramai. Malah katanya, dia terbuka berkongsi maklumat dengan mana-mana pelayar Twitter yang menghujani dirinya dengan pelbagai pertanyaan mengenai dekorasi bilik. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!