KECOH di laman Twitter gara-gara seorang pelayar membuat satu posting mendakwa anakanda Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika membuat kunjungan ke Pusat Sains Negara (PSN) baru-baru ini. Melalui satu bebenang di Twitter, pelayar yang memegang akaun @hahamimizah mendakwa kesemua anakanda baginda dilihat tidak memakai topeng pelitup muka. Kerajaan pada 1 Ogos lalu mewajibkan semua rakyat di negara ini memakai pelitup muka terutama ketika menaiki pengangkutan awam dan juga ketika mengunjungi lokasi sesak. ARTIKEL BERKAITAN: Anggap letak emoji Jalur Gemilang di media sosial sempena merdeka 'sampah' cetus debat, paling best Tengku Jihan mencelah... terus dapat belasan ribu retweet ARTIKEL BERKAITAN: “I love you mama” - Tengku Jihan titip ucapan sweet sempena hari keputeraan ibunda tersayang, laman sosial dibanjiri kiriman doa buat Raja Permaisuri Agong "Hari tu anak-anak Agong datang Pusat Sains Negara tak pakai mask dan not even one staff tegur. One of them je yang pakai, the other siblings datang dengan beg LV diaorang stroll PSN camtu je tak pakai mask hahahaha b*b*," demikian ciapan pelayar berkenaan. Pelayar itu juga mengatakan situasi yang berlaku itu menjadi salah satu sebab mengapa dia tidak menyukai kerabat diraja. "Peasants out here getting fined and jailed for the same crime, and these monarchs gets away with it? When someone asked me why I despised the royals, I tell them this. (Orang bawahan didenda dan dipenjara kerana jenayah yang sama, dan kerabat terlepas? Bila seseorang tanya mengapa saya membenci para bangsawan, saya memberitahu mereka ini)," tulisnya lagi. Ciapan Puteri Jihan ketika menyangkal dakwaan seorang pelayar Twitter. Bagaimanapun, dakwaan tersebut disangkal oleh anak bongsu YDPA, Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah. Menerusi ciapan di Twitter, puteri berkenaan dalam bahasa yang penuh sopan menjelaskan bahawa kesemua adik beradiknya memakai pelitup muka. "Minta maaf tapi kita semua pakai mask hari tu. And none of us were using LV bags. Please don't just assume (Dan tiada seorang pun daripada kami memakai beg LV. Tolong jangan buat andaian)," tulis puteri berkenaan. Ciapan Puteri Jihan sehingga kini meraih lebih daripada 3,000 retweet. Seorang pelayar (kanan) turut memuat naik gambarnya bersama Puteri Jihan dan dua adik beradiknya yang memakai pelitup muka sebagai bukti. Selain itu, dakwaan berkenaan kemudian turut disangkal oleh seorang pelayar lain. "Sis u okay? Jangan malukan nama PSN please. I dengan diaorang kot. Oh plus, they wearing Dior not LV (Lagi satu, mereka guna Dior bukan LV)," tulis pelayar berkenaan. Malah dia turut memuatnaik sekeping gambarnya bersama Puteri Jihan dan dua adik beradiknya yang lain, iaitu Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah dan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah yang memakai topeng pelitup muka. Sementara itu, ruangan komen di Twitter Puteri Jihan turut dibanjiri komen netizen yang mengecam tindakan pelayar berkenaan dan menggesa tindakan tegas dikenakan terhadapnya. Netizen memuji sikap tenang dan bahasa sopan yang digunakan oleh Puteri Jihan ketika menjawab tuduhan terhadapnya. Malah mereka dalam masa yang sama memuji Puteri Jihan kerana menggunakan bahasa yang sopan sekali pun dilontarkan kecaman. "Bahasa yang tiada adab terhadap golongan diraja adalah satu penghinaan. Permohonan maaf tidak cukup untuk gadis tersebut. @PDRMsia perlu lakukan sesuatu," komen seorang pelayar. "Gadis itu sepatutnya kena diambil tindakan. Dia tak boleh sesuka hati tuduh Royal Family tanpa bukti," komen seorang pelayar lain. "Tengok bahasa yang dia gunakan. Then tengok reply dari Tengku. Siap ada perkataan 'maaf'. Itu bezanya dia dengan Tengku," komen seorang netizen lain pula. Bagaimanapun, hasil carian mStar mendapati tweet pelayar berkenaan kemudian telah dipadamkan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!