MELAKUKAN kejutan buat insan tersayang mungkin biasa dilakukan ramai orang, tapi wajah insan tersayang itu sebenarnya yang menimbulkan perasaan luar biasa. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, hanya senyuman dan lompatan keriangan yang dapat menunjukkan betapa terujanya dua beradik ini diberikan kejutan yang tidak disangka-sangka. "Terima kasih Angah," ujar dua beradik selepas dikejutkan dengan hadiah berupa raket badminton, menerusi video yang kini tular di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Kejutan hadiah buat adik-adik, tapi abang yang sebak "Tak pernah meminta-minta, tapi saya tahu mereka teringin" ARTIKEL BERKAITAN: Kasihan abang! Telefon sendiri rosak selepas beli hadiah phone untuk adik - "Buat masa ni pinjam handphone makcik" Abang mereka, Nik Muhammad Afiq Nik Kamaruddin yang berkongsi video itu memberitahu, insiden dirakamkan di bilik tidur selepas dia pulang bercuti di rumah keluarganya. Adik-beradik ini gemar bermain badminton. Pemuda berusia 20 tahun itu berkata, kedua-dua adiknya, Nik Muhammad Haziq, 11, dan Nik Fawwaz Fawzan, 9, sering menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain badminton. "Adik-adik saya memang selalu main badminton di hadapan rumah. Tapi salah satu raket, talinya dah putus, dan satu lagi dalam keadaan rosak. "Mereka tak dapat main dan saya pula ada janjikan mereka untuk membeli raket tetapi kemudian saya kembali ke politeknik untuk sambung pengajian," katanya kepada mStar. Nik Afiq begitu rapat dengan dua adiknya, Nik Fawwaz (kiri) dan Nik Haziq (kanan). Disebabkan janji tersebut, salah seorang adiknya kerap menghantar mesej kepadanya yang belajar di Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (PSAS) di Behrang, Perak. "Hampir setiap hari adik WhatsApp tanya bila abang nak balik, bila nak bawa raket untuk adik. Saya cuma kata nantilah, sabarlah sedangkan saya merancang untuk buat kejutan. "Bila adik nampak saya di rumah, muka mereka nampak teruja. Soalan pertama tanya mana raket. Bila mereka nampak ada raket di sebalik pintu, nampak keterujaan mereka. "Mereka berdua masih kecil, bukan senang nak kumpul duit. Mereka bukan jenis meminta pada mak dan ayah. Jadi mereka lebih rapat dengan abang-abang untuk mereka bergurau dan request untuk dapatkan raket," ujarnya yang merupakan anak kedua daripada lima beradik. Dua raket milik adik-adik Nik Afiq yang tidak boleh lagi digunakan. Pelajar Diploma Kejuruteraan Awam itu menjelaskan bahawa selain dua adiknya, dia dan abang turut berkongsi minat yang sama iaitu bermain badminton. Nik Afiq yang menetap di Rawang, Selangor itu turut mendedahkan bahawa bapa mereka yang berusia 51 tahun juga aktif bermain badminton semasa zaman mudanya. Mereka berdua masih kecil, bukan senang nak kumpul duit. Mereka bukan jenis meminta pada mak dan ayah. NIK MUHAMMAD AFIQ "Kami kecil-kecil dulu selalu temankan ayah pergi bermain badminton dengan rakan-rakannya. Zaman ayah, yang diikutinya adalah legenda-legenda hebat sukan badminton ketika itu, iaitu anak-anak Sidek. "Kami adik-beradik pula mengikuti perkembangan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dari zaman kemenangannya menyertai pelbagai kejohanan Terbuka sehingga bersara. Kami rakam kebanyakan perlawanan Chong Wei yang disiarkan di TV," ujarnya yang merujuk anak-anak Sidek iaitu Datuk Misbun, Datuk Razif, Datuk Seri Jalani, Datuk Rashid dan Rahman. Raket pemberian bapa Nik Afiq. Kerana anak beranak mempunyai minat sama, bapa mereka yang tidak lagi aktif bermain badminton telah menghadiahkan raket yang pernah digunakan semasa muda. "Ayah bagi empat raket dan hanya satu yang masih elok. Disebabkan tinggal satu dan sayang sebab tu kami tak dapat pinjamkan pada adik-adik memandangkan mereka masih kecil. "Jadi, kami abang-abang ni kenalah usahakan untuk mereka dapat raket baharu. Bila tengok mereka gembira dapat raket tu memang terharu," katanya. View this post on Instagram Part Terima Kasih Angah tu min pun terharu dengar. Bagusnya abang suara lembut je tak ada jerit-jerit. Mesti Angah ni romantik Kisah di sebalik video swipe up di highlight dan ig story. #mstaronline #mstar15tahun #mstarE1 Video @nikafiq___ A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 23, 2020 at 11:27pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!