suria

Apabila Tengku Jihan kongsi aksi selam skuba, peminat si puteri pun sibuk 'up' foto dalam laut... 'hadiah' mini love, coral - “Rajin-rajinlah dive ke hati saya”

Tengku Jihan berkongsi gambarnya yang sedang selam skuba selepas memperoleh sijil Open Water Diving.

BOLEH dikatakan agak aktif di media sosial terutamanya Twitter, malahan setiap kemas kini atau aktiviti yang dimuat naik oleh anakanda bongsu Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah menjadi perhatian netizen.

Terbaharu, posting Tengku Jihan mengenai aktiviti selam skuba dibanjiri dengan komen pelayar laman sosial itu.

Pada mulanya, Tengku Jihan memuat naik sekeping gambarnya di dasar laut lengkap dengan sut menyelam.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Jihan ‘cool’ jawab tuduhan tak patuh SOP... handbag LV, Dior ketika buat lawatan jadi bualan - “Minta maaf tapi kita semua pakai mask hari tu”

ARTIKEL BERKAITAN: “I love you mama” - Tengku Jihan titip ucapan sweet sempena hari keputeraan ibunda tersayang, laman sosial dibanjiri kiriman doa buat Raja Permaisuri Agong

"Next level social distancing," tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Ciapan tersebut meraih 1,400 retweet dan lebih 12,000 likes.

Mungkin ramai yang tidak menyangka puteri jelita ini berani melakukan selam skuba, mereka turut melahirkan rasa kagum dan teruja melihat perkongsian berkenaan.

Antara gambar yang dimuat naik oleh netizen sebagai reaksi terhadap perkongsian Tengku Jihan. Kredit: Twitter arifsamshuri dan nuraimansuhaimi

Malah lebih melucukan, ada netizen yang 'mengusik' Tengku Jihan selepas mengetahui mereka mempunyai persamaan minat dengan puteri berkenaan.

"Nak bagi bunga, tak ada pulak dalam air... yang ini boleh ke Tengku? Sekejap ya saya kasi cuci dulu," demikian gurauan seorang netizen sambil memuat naik gambarnya memegang bunga karang laut ketika berada di dasar laut.

"Bismillah Assalamualaikum Tengku sudi naik kereta dengan saya?," tulis seorang netizen sambil memuat naik gambarnya seolah-olah mengemudi kenderaan di dasar laut.

Netizen melahirkan rasa kagum dan bangga melihat perkongsian Tengku Jihan.

"Alang-alang Tengku dah ada open dive license tu rajin-rajinlah dive ke hati saya nanti," komen seorang netizen lain dalam nada bergurau.

Ada juga yang tidak segan silu mengajak Tengku Jihan melakukan selam skuba bersama-sama kelak.

"(Pulau) Sipadan pula jom Tengku," komen seorang netizen.

Rata-rata netizen yang lain juga turut tidak ketinggalan memuat naik gambar masing-masing ketika melakukan aktiviti selam skuba di ruangan komen berkenaan.

Dalam satu perkongsian berasingan, Tengku Jihan memaklumkan beliau baharu memperoleh sijil 'Open Water Scuba Diver', iaitu tahap pensijilan paling asas mengikut standard Professional Associations of Diving Instructors (PADI).

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain