JADIKAN sebagai pengajaran. Demikian kata Alia Armani Muhd Taqdir apabila dia dikenakan kompaun oleh penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akibat membuka topeng muka di Stesen KTM Alor Setar, Kedah pada Rabu. Kisah mengenai pelajar berusia 20 tahun itu menjadi tular setelah dia berkongsi pengalaman berkenaan menerusi dua video TikTok pada hari sama. ARTIKEL BERKAITAN: Padah abai SOP! Mulai 1 Ogos wajib pakai mask dalam pengangkutan awam, tempat sesak... tiada lagi kuarantin di rumah ARTIKEL BERKAITAN: Gadis sedekah mask kepada pemuda tak dikenali, terkejut individu sama muncul di tempat kerja 2 hari kemudian - “Dia hulur kotak dan beredar” Mesra disapa Alia, dia mengakui tidak terlepas menerima kecaman netizen apabila ada yang memperkatakan mengenai penampilannya dalam video itu. "Masa tu saya tengah tunggu tren untuk ke Sungai Petani. Saya duduk dalam tempat yang ada aircond. Saya buka mask sekejap sebab nak unlock Face ID telefon. Kalau pakai mask susah nak detect. "Ralit main telefon, saya lupa nak pakai semula sehinggalah dihampiri pegawai penguat kuasa. Video yang dikongsi di TikTok. "Saya kongsi pengalaman di TikTok lepas dapat surat tu. Ada pula orang komen kecam kata saya tak bertudung. "Orang kaitkan pasal aurat sedangkan tak ada kena mengena dengan video itu," ujarnya kepada mStar. Jangan buka mask sesuka hati, lagi-lagi di tempat awam. ALIA ARMANI MUHD TAQDIR Menurut penuntut bidang Pengurusan Perniagaan itu, dia reda dengan kejadian itu dan mengambil ia sebagai satu peringatan diri. Malah katanya, dia menerima segala komen dengan hati terbuka dan berharap ia menjadi pengajaran buat orang lain juga. Antara komen diterima. "Saya kongsi dua video mengenai kes itu di TikTok. Dalam satu malam, dah lebih 400,000 tontonan. Memang terkejut. Tapi saya dah private video tu. "Saya tak kisah sangat orang komen, tak kecil hati pun. Salah diri sendiri juga sebab main telefon. Kata Alia, dia reda dengan kejadian itu. "Pesan saya, jangan buka mask sesuka hati, lagi-lagi di tempat awam," ujarnya yang turut mengusahakan produk kecantikan sendiri. Kata Alia lagi, dia pada Khamis telah berkunjung ke Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar untuk menyelesaikan kompaun berkenaan dan diarahkan membayar RM500 sahaja. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!