HASRAT sekumpulan gadis melakukan aktiviti joging di sebuah taman di Seremban, Negeri Sembilan bertukar kecoh apabila menyedari mereka menjadi mangsa gangguan seksual. Hanya mahu dikenali sebagai Izzati, 20, dia dan empat lagi rakannya beriadah di lokasi itu pada pagi Khamis sebelum salah seorang daripada mereka menyedari tindakan seorang lelaki yang membuat rakaman video tanpa kebenaran. Bercerita kepada mStar, dia mendedahkan turut bersemuka dengan suspek yang difahamkan sedang melakukan kerja kebun dan pengubahsuaian di taman itu sejurus kejadian berlaku sehingga membawa kepada penemuan dua video dalam telefon bimbitnya. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas penagih kongsi ilmu jalanan, berguna untuk wanita tundukkan penyerang - “Confirm, situ juga dia terkencing” ARTIKEL BERKAITAN: Hantar gambar bogel tak fikir dosa, lelaki gila seks menggelabah gadis balas main khurafat - “Muka je cantik akal pendek” "Dah dua bulan kami joging kat situ, sebelum ni OK je. Tiba-tiba masa hari kejadian, kawan saya cakap ada orang tengah rakam. Saya tak kena sebab joging jauh sikit dari kawan. "Saya rasa marah masa tu, kenapa nak kena rakam? Mula-mula kami takut nak tegur, tapi kami minta bantuan seorang uncle Cina untuk bersemuka dengannya. "Bila kami tanya, dia tak mengaku. Dia kata tengah buat video call, bukannya rakam kawan-kawan saya. Siap tunjuk rekod panggilan. Kata Izzati, dia dan rakan-rakan sudah biasa joging di kawasan itu. "Bila kawan minta nak tengok galeri, tangan dia ketar. Masa tu kami dah nak minta maaf, mungkin dia tak rakam. Tapi akhirnya jumpa dua video yang memaparkan tiga kawan saya, dia siap zoom semua punggung wanita yang dia rakam," ujarnya. Menurut Izzati, satu lagi rakaman memaparkan wanita lain yang turut beriadah di lokasi sama pada hari kejadian. Jelasnya lagi, dia tidak dapat memberi kepastian mengenai identiti lelaki itu namun beranggapan dia merupakan seorang warga asing berdasarkan pertuturan Bahasa Melayu yang agak berbeza. Nak ingatkan semua, kalau joging pun jangan terlalu fokus, kena lihat juga sekeliling. IZZATI "Saya tanya kenapa buat macam ni? Cuba you ada anak perempuan, nak ke jadi macam ni? "Saya nasihat, membebel di situ dan dia minta maaf. Bila dah balik, saya kongsi kisah ni di Twitter untuk bagi peringatan pada semua. "Ada yang cadangkan supaya buat laporan polis, tapi kami risau tutup periuk nasi dia. Kami hanya nak dia padam video tu. Lagi pula itu kejadian pertama. "Cuma nak ingatkan semua, kalau joging pun jangan terlalu fokus, kena lihat juga sekeliling. Antara video yang dikongsi di Twitter Izzati. "Kami pun tak adalah sampai trauma tak nak pergi joging lagi. Cuma akan lebih berhati-hati," ujarnya lagi. Sehingga kini, posting Izzati mengenai pengalaman pahit dia dan rakan-rakan menerima hampir 5,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Di ruangan komen, ramai turut memberikan sokongan buat Izzati serta rakannya. Malah, ada netizen turut tampil berkongsi pengalaman mereka berhadapan situasi sama sebelum ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!