suria

Pengakuan ikhlas! Baru bersalin 6 bulan, janda 5 anak dah ada pengganti... bakar barang arwah isteri bakal suami - “I tertampar anak dia”

Seorang janda anak lima nekad membuang barang-barang milik arwah isteri bakal suaminya. -Gambar hiasan

WALAUPUN bergelar duda atau janda, bukan bermakna satu pengakhiran untuk seseorang itu tidak lagi merasai kehidupan berumah tangga.

Ini kerana jodoh dan pertemuan, begitu juga ajal serta maut adalah ketentuan tuhan.

Begitu juga dengan kisah seorang wanita bergelar janda ini ditakdirkan bertemu jodoh dengan seorang duda anak dua.

ARTIKEL BERKAITAN: "Nak keluar dengan jejaka B, saya gunakan nama jejaka A..." - Wanita dalam dilema nak pilih suami, hati dan fikiran tak sependapat

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri hidap kanser menanti ajal, suami kantoi WhatsApp janda ajak ke hotel... rupa-rupanya adik sendiri!

Menerusi satu perkongsian di laman sosial, wanita yang mempunyai lima anak itu berkata, duda berkenaan mempunyai dua anak perempuan berumur 13 dan 11 tahun.

Menurut wanita itu, anak-anak kandung di bawah penjagaannya pula masing-masing berusia lima, empat, tiga, dua dan enam bulan.

Namun, sesuatu telah berlaku ketika kunjungan janda itu ke rumah bakal suaminya, baru-baru ini.

"I nampak di rumah tu ada gambar-gambar arwah isteri dia (bakal suami). Jadi I buanglah semua gambar tu. Takkan nak nikah dengan I nanti tapi masih simpan semua gambar?

"I kemas bilik bakal suami dan bakar semua barang-barang isteri dia. Masa ni bakal suami outstation di luar daerah selama dua minggu," luahnya menerusi posting di halaman Facebook Luahan Orang Bujang.



Luahan seorang wanita di Facebook.

Wanita berkenaan berkata, tindakannya itu membuatkan bakal anaknya berang sehingga memaki hamunnya, lantas kekecohan berlaku antara mereka.

"Jadi, I tertampar anak dia. Tampar tak kuat mana pun. Tapi dia mengadu kat ayah dia yang I pukul pakai kayu dan pijak-pijak dia.

"Kecik-kecil dah pandai fitnah orang. Bakal suami pujuk I untuk berbaik dengan anak dia. I tak akan maafkan budak kurang ajar tu kecuali dia melutut dekat kaki I," tegasnya.

Bagaimanapun, rata-rata netizen tidak menyebelahi wanita itu, malah mengecam tindakannya yang tidak menghormati arwah ibu kepada bakal anak-anak tirinya.

"Kau tak layak jadi isteri kepada laki itu dan ibu tiri anak-anak dia. Lebih baik kau fokus saja pada anak-anak kau. Kalau sekarang kau dah meroyan buang gambar arwah isteri dia, dah kahwin, confirm kau akan jadi queen control, semua anak kau je. Anak dia nanti kau buat tak tahu ataupun kuli jaga anak-anak kau," komen seorang netizen.



Antara komen netizen.

"Belum apa-apa dah tunjuk perangai mak tiri jahat. Bawang merah bawang putih betullah you ni," ujar yang lain.

"Itulah kenangan anak dia dengan arwah maknya, kau boleh bakar semua. Selamat bergaduhlah ya. Tak reti nak ambil hati anak-anak, ada hati kau nak ambil bapa mereka," kata seorang lagi netizen.

Tak reti nak ambil hati anak-anak, ada hati kau nak ambil bapa mereka.

NETIZEN

Malah, ada yang mempersoalkan tindakannya untuk berkahwin lain sedangkan anak bongsu baru berusia enam bulan.

"Anak baru enam bulan dah sibuk nak kahwin lain. Anak kau tu semua kecil-kecil lagi, baik kau didik elok-elok jangan ikut perangai kau pula tak beradab," komen seorang netizen.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain