SEIRING peningkatan usia, kebanyakan golongan yang sudah memasuki usia emas tidak terlalu menitikberatkan soal sambutan hari lahir. Namun bagi sesetengah keluarga, sambutan hari lahir walaupun kecil-kecilan merupakan satu acara yang 'wajib' sebagai tanda ingatan dan kasih sayang untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Begitu juga bagi Zariesha Hana dan keluarganya yang tidak pernah ketinggalan untuk meraikan hari lahir neneknya setiap tahun. ARTIKEL BERKAITAN: “Gambar saya dia tangkap ‘tak berapa’ sangat” - Ramai kagum tengok pasangan warga emas dating macam orang muda, cucu akui foto nenek lebih cantik ARTIKEL BERKAITAN: Comel! Nenek gelabah, famous sebab 'voice note' WhatsApp, “Alamak, habislah orang nak jumpa-jumpa datang rumah nanti” Namun tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan pada tahun ini sedikit berbeza kerana penularan wabak Covid-19 yang mana ia hanya dilakukan di rumah sahaja. Bagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila kejutan yang dirancang hampir 'terkantoi' gara-gara adik sendiri! Video lucu yang dikongsikan oleh gadis ini di Twitter memaparkan keterujaan mereka untuk membuat kejutan kepada nenek yang berada di dalam bilik, tanpa menyangka rupa-rupanya wanita itu sedang menunaikan solat. Video kejutan hari lahir nenek Hana yang nyaris kantoi menghiburkan hati netizen. "Nenek baru balik dari rumah besan, tak expect dia balik terus solat. Sebenarnya dah suruh adik bongsu check tapi dia kata 'tak ada apa la'. Tapi bila nak surprise, betul-betul nenek tengah solat. "Saya marah adik sebab tak check betul-betul dan dia pun minta maaf. Jadi kami tunggu sekejap, dan selepas adik bongsu intai sekali, baru buat kejutan yang kedua," kata gadis berusia 18 tahun ini bercerita mengenai sambutan hari lahir neneknya yang ke-68 baru-baru ini. Senang disapa dengan panggilan Hana, gadis ini berkata reaksi neneknya selepas mendapat kejutan tersebut membuatkan mereka sekeluarga turut sebak. Jangan lupa buat orang tersayang rasa special ketika birthday mereka, terutama yang sudah berusia. ZARIESHA HANA CUCU "Nenek sebak dan kami pun peluk-peluk dia. Mungkin dia tak sangka kami belikan kek sebab masing masing sibuk waktu siang. Dia rasa dia dah tua sangat untuk celebration. "Tapi kami memang beri keutamaan kalau birthday, lagipun arwah atuk pun memang selalu rasa birthday sesuatu yang wajib, selalu bawa makan. Cuma tahun ini sebab Covid, sambut dengan kek je kat rumah,"ujar anak kelima daripada enam adik beradik ini. Bercerita lebih lanjut, Hana berkata neneknya tinggal bersama-sama keluarganya di Shah Alam, Selangor sejak lima tahun lalu, tidak lama selepas pemergian datuknya pada 2013. "Saya dan adik beradik memang rapat dengan dengan nenek walaupun dulu tak duduk serumah dan arwah atuk setiap hari akan ulang alik dari Gombak nak tengok cucu. Hana bersama ibunya (kanan) sewaktu sambutan hari lahir neneknya tahun lalu. "Setiap hari dia ingatkan jangan tinggal solat dan jangan malas-malas, selalu suruh mengaji dengan dia, itu yang dia ulang tiap hari. "Nenek suka masak, masakan dia semua champion... dulu ada warung dan dia masak setiap hari. Cuma bila dia dah tua ni dia agak manja la. Nenek sangat rapat dengan arwah atuk, bila dia dah meninggal dunia dia agak lost and emosi senang tersentuh. "Alhamdulillah nenek sihat cuma ada kencing manis dan darah tinggi tapi agak stabil. Kami selalu periksa tekanan darahnya di rumah," katanya. Hana dan keluarganya tidak pernah terlepas meraikan hari lahir neneknya setiap tahun. Tidak menyangka perkongsian tersebut menjadi tular, Hana berkata dia terharu dengan komen-komen positif yang diberikan netizen. "Terima kasih kepada mereka yang wish nenek saya dan yang terhibur juga, komen negatif pun saya okay dan terima saja. "Cuma mungkin secara tak langsung, video ini memberi mesej supaya jangan lupa buat orang tersayang rasa special ketika birthday mereka, terutama yang sudah berusia," ujarnya mengakhiri bicara. View this post on Instagram Alamakkkk.... wrong timing Siapa pernah jadi macam ni? Kredit: Twitter zzzrsha #mstaronline #mstarkongsi #mstarSH A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Aug 27, 2020 at 11:06pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!