SEBAGAI rakyat Malaysia yang kreatif, banyak sebenarnya cara boleh dilakukan untuk menzahirkan rasa patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Pada kebiasaannya, kita akan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman dan kenderaan, malah tak kurang juga yang tampil berani memakai pakaian bertemakan corak keramat itu. Namun, seorang wanita di Seberang Jaya, Pulau Pinang memberikan sentuhan magisnya dengan menghasilkan puding dan aiskrim bertemakan bendera Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto sentuhan magis jeli 3D di grup masakan tak jadi, wanita Malaysia di Australia popular sekelip mata - “Saya rasa dekat dengan tanah air” ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sertai grup FB ‘Suami Masak Apa Hari Ini?’ Kaum isteri jangan tercabar... resipinya bukan calang-calang! Bercerita kepada mStar, Zunita Md Zanul, mendedahkan ini merupakan tahun kedua dia membuat aiskrim itu dan cukup terharu dengan sambutan pelanggannya. "Aiskrim ni saya dah buat dari tahun lepas lagi. Cuma tahun ni saya buat puding pula, kedua-duanya dibuat sepanjang bulan Ogos sahaja. Puding yang dihasilkan Zunita demi menyemarakkan sambutan merdeka sepanjang bulan Ogos. "Saya sebenarnya dah lapan tahun buat aiskrim. Sebelum ni saya buat secara sambilan sebab bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah syarikat. "Tapi saya berhenti kerja dan buat aiskrim secara sepenuh masa sejak tahun ini," ujar wanita berusia 42 tahun ini. Saya buat pun untuk memeriahkan sambutan merdeka. ZUNITA MD ZANUL Mesra disapa Zunita, dia mengakui proses penghasilan puding itu agak mencabar, berbeza dengan aiskrim yang diedarkan di tiga kedai runcit berhampiran tempat tinggalnya. Namun katanya, penat lelah itu seakan terubat apabila ada pelanggan yang memuji air tangannya yang disifatkan sangat menarik dan lain daripada lain. "Ada orang cakap sayang nak makan sebab corak cantik. Sebenarnya aiskrim tu tak susah sangat nak buat. Zunita sebelum ini bekerja sebagai pembantu makmal. "Cuma puding tu lambat sikit. Saya buat pun untuk memeriahkan sambutan merdeka. "Aiskrim tu saya letak di tiga kedai runcit dan puding dibuat ikut tempahan pelanggan," ujarnya lagi. Sementara itu, posting Zunita mengenai dua produk makanan yang dijual pada harga bawah RM2 setiap satu itu turut mencuri perhatian ramai setelah ia dikongsi menerusi Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!