suria

Ramai kagum lukisan pemuda ini ketika di Tingkatan 4, kehilangan 3 karya di kolej kekal misteri - “Teringin Bront Palarae, Remy Ishak jadi model... ada market”

(gambar kanan) Noor Zahran membuat lakaran teknik low poly. (gambar kiri) Salah satu lukisan yang hilang semasa Diploma. Foto instagram NoorZahran

"SERIUSLAH ini waktu Tingkatan Empat?! Tingginya skil lukisan abang!"

Demikian komen seorang netizen mengenai beberapa lukisan realistik hasil karyanya lapan tahun lalu, menerusi satu perkongsian di laman Twitter.

Menerusi ciapan (tweet) itu, dia turut memaklumkan tentang kehilangan salah satu lukisannya, yang menunjukkan seorang wanita sedang melakukan aktiviti memanah.

ARTIKEL BERKAITAN: "I love it" - Dua minggu ‘tenung’ Ben Amir sambil tongkat dagu, akhirnya aktor itu DM nak nombor telefon!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu terus bersedih, remaja ini capai pen, habiskan masa 2 jam tulis beribu kali ‘Abam’ sehingga terbentuk potret arwah

Pemuda berkenaan, Noor Zahran Noor Khizan berkata, dia mula minat melukis sejak berusia empat tahun dan ketika itu juga aktif sehingga dijadikan sumber duit poket.



Perkongsian Noor Zahran mengenai antara lukisan yang dihasilkannya ketika Tingkatan 4.

Anak muda berusia 24 tahun itu memberitahu, perkongsian lukisan realistik di laman sosial itu bagi mengimbas semula salah satu fasa perjalanannya sebagai penggiat seni lukis.

"Bagi saya waktu tingkatan 4 menampakkan kematangan dalam lukisan saya yang lebih halus dan teratur, terutama dari segi bentuk. Sebelum itu ada 'senget benget' sikit.

"Kebanyakan lukisan saya adalah berdasarkan foto yang kandid, sama ada daripada Internet atau foto-foto model saya," katanya kepada mStar.



Kehilangan lukisan yang memaparkan atlet memanah, Viktorija Koval kekal misteri.

Mengenai lukisan yang hilang, Noor Zahran berkata, potret wanita yang dikongsikannya itu merupakan atlet memanah bagi Sukan Olimpik dari Ukraine, Viktorija Koval.

Lukisan tersebut merupakan salah satu daripada tiga lukisan yang hilang ketika mengikuti pengajian di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota (KPMIM) di Kuantan, Pahang pada 2015.

Bagi saya waktu tingkatan 4 menampakkan kematangan dalam lukisan saya yang lebih halus dan teratur

NOOR ZAHRAN NOOR KHIZAN

"Saya simpan sejumlah lukisan dalam beg yang diletakkan di bawah tilam di katil saya di asrama. Dua lagi lukisan yang hilang adalah potret anggota kumpulan The Beatles.

"Ada banyak lukisan yang lebih besar dan cantik, tapi yang tiga ini pula hilang. Tak tahu macam mana boleh hilang atau siapa yang ambil. Memang misteri sampai sekarang," ujar lepasan graduan Diploma Creative Digital Media Production itu.



Noor Zahran menumpukan lukisan menggunakan teknik low poly.

Selain lukisan realistik, pemuda berasal dari Serendah, Selangor itu kini mengembangkan bakatnya dalam seni low poly yang merupakan lukisan berkonsepkan tiga dimensi (3D).

Jika diteliti, kebanyakan lukisan low poly yang dikongsikannya di laman sosial Instagramnya memaparkan figura yang memakai pakaian tradisional pelbagai bangsa di Malaysia seperti baju Melayu, baju kurung, samfu dan sari.

"Lukisan-lukisan tersebut yang menunjukkan perubahan zaman dahulu hingga kini di era moden. Jika dahulu orang-orang kita sentiasa memakai baju tradisional masing-masing setiap hari dan kini ia lebih kepada bermusim atau pada acara-acara tertentu.



Noor Zahran menyampaikan mesej dalam setiap karyanya. Foto instagram NoorZahran

"Lukisan pecahan-pecahan itu mengambarkan semakin lama pakaian-pakaian tradisional kita hari ini semakin dilupakan dan tidak lagi dijadikan sebagai pakaian harian.

"Bagaimanapun, lukisan saya itu sekadar simbolik dan bukan memaksa rakyat Malaysia untuk memakai pakaian tradisional," katanya yang merupakan Johan Melukis Potret Tokoh Kemerdekaan 2012 dan Johan Pameran Hari Cinta Seni 2012.



Antara lukisan yang menggambarkan pakaian tradisional di Malaysia. Foto instagram NoorZahran

Selain gambar-gambar di Internet, anak ketiga daripada empat beradik itu berkata, kebanyakan model dalam lukisannya adalah dalam kalangan bekas rakan sekolah dan bekas rakan sekerja kerana tiada bajet tinggi untuk menjadikan figura terkenal sebagai model.

"Tapi kalau saya berkemampuan, saya memilih selebriti di Malaysia kerana muka mereka ada 'market' sekali gus boleh memasarkan lukisan-lukisan saya.

"Saya sebenarnya teringin jadikan pelakon Bront Palarae dan Remy Ishak sebagai model lukisan saya pada masa akan datang," katanya yang merancang untuk mengadakan pameran lukisan secara solo menjelang akhir tahun ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain