suria

‘Perang’ selepas ramai gadis letak syarat ketinggian untuk bakal BF- “Kalau lelaki tak nak perempuan gemuk, rasanya pecah Twitter”

Kecoh di Twitter mengenai kebanyakan gadis mencari teman lelaki berketinggian 170cm ke atas. -Gambar hiasan

LAIN orang lain cita rasa, begitu juga dengan soal jodoh.

Ada yang berkenan dari segi rupa paras, keperibadian, romantisnya seorang jejaka itu ataupun tarikan fizikal lain.

Ramai kata yang penting adalah budi pekertinya, tapi jauh di suduh hati kebanyakan individu tetap menilai kesempurnaan fizikal.

ARTIKEL BERKAITAN: Awas, abang polis 'terlajak' tinggi! Sekali kenal, sukar hilang dari mata "Pandang-pandang macam saya ni pelik sangat..."

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar XXL confident tayang badan persis model profesional - "Kalau tak murung, bukanlah manusia"

"Aku rasa dah nampak dua tiga tweet perempuan tengah cari boyfriend. Dan mereka semua letak requirement ketinggian 170 sentimeter (sm) ke atas.

"Kalau lelaki letak requirement tak nak perempuan gemuk, rasa-rasa pecah Twitter ni," tulis seorang pengguna Twitter menerusi satu posting sehingga diulang kicau lebih 4,000 kali.



Ciri-ciri lelaki pilihan seorang gadis. Sumber Twitter

Posting pemuda tersebut meraih perhatian beberapa wanita yang memberi penjelasan yang mana lelaki tinggi adalah satu tarikan sehingga digilai ramai.

"Lelaki tinggi hot," tulis seorang gadis.

"Sebab perempuan tu tinggi, dia letaklah dia nak lelaki 170sm dan ke atas. Dah kalau perempuan tu tingggi 160sm, lelaki 157sm nak jadi apa?" komen gadis lain.

"Gemuk boleh kurus, rendah tak boleh tinggi dah. Jadi, logiklah perempuan nak laki tinggi," kata gadis ketiga.

"I nak lelaki tingi 170sm ke atas sebab I 165sm. Jadi ngam-ngam sikit. Tak adalah lebih tua bila jalan sebelah," ujar gadis keempat memberikan pandangan.



Antara penjelasan sebab gadis mencari lelaki tinggi sebagai pasangan.

Dalam pada itu, menerusi bebenang itu juga seorang netizen berkongsi paparan skrin posting seorang gadis yang sedang mencari teman lelaki

"Memerlukan boyfriend full time atau part time," katanya.

Menurut gadis berkenaan, dia mahu lelaki berkenaan seorang yang setia, tidak mengongkong, menepati janji, mempunyai rupa dan mempunyai pendapatan yang lumayan.

Gemuk boleh kurus, rendah tak boleh tinggi dah. Jadi, logiklah perempuan nak laki tinggi.

NETIZEN

Apa yang menarik di dalam senarai itu, ciri yang paling atas dinyatakannya adalah bakal kekasih itu perlu mempunyai ketinggian 172sm ke atas.

"Sekian, penat sendu seorang," tulisnya.



Pandangan beberapa gadis mengenai lelaki tinggi.

Selain mempersoalkan kewajaran mencari teman lelaki separuh masa, terdapat netizen memberi respons mengenai ciri ketinggian yang dicari gadis tersebut.

"Penat sendu seorang, tapi siap ada requirements lagi. Baik letak terus kelayakan nak sijil apa, kelajuan berjalan (normal), kelajuan berjalan (panik), panjang maksimum kuku dan sebagainya. Alang-alang nak letak requirement kan," komen seorang pemuda.

Malahan, seorang lagi pemuda menjelaskan bahawa lelaki tinggi bukan lagi satu tarikan.

"Badan tak tinggi tak apa, janji poket tebal," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain