suria

Kecoh! Penjual, pemegang insurans dituduh putuskan tawakal kepada Allah - “Aku berani jamin duit komisen tu tak berkat”

Kenyataan seorang wanita mengenai insurans menerima kecaman netizen di laman Twitter. (Gambar Hiasan)

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Begitulah kisah seorang wanita apabila pandangan yang dilontarkan mengenai insurans mengundang kritikan ramai di Twitter.

Menerusi satu 'thread' yang dikongsi pada Ahad, wanita itu menyifatkan mereka yang menjual atau mengambil pelan insurans sebagai satu tindakan yang memutuskan tawakal diri kepada Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Wakil insurans tak layan rayuan minta jenguk di hospital, akhirnya Datuk ini pilih untuk tular

ARTIKEL BERKAITAN: Bayar RM400 sebulan selama 4 tahun, alasan syarikat insurans buat Datuk ini 'mengamuk'

Bagaimanapun katanya, penjelasan itu juga langsung tidak berniat menutup periuk nasi sesiapa.

"Sebenarnya orang yang jual insurans atau ambil insurans ni, dia dah putuskan tawakal dia kepada Allah.

"Benar menjaga nyawa pun ada dalam suruhan agama Islam. Tapi dengan ambil insurans, kau akan yakin sangat-sangat bila kau sakit nanti ada duit nak tanggung.

"Alasan penjual dulu, kalau klinik kerajaan lambat servis, dah kritikal baru diaorang layan. Tu cara 'psycho' mereka je tapi sebenarnya tak macam tu.

Wanita itu berkata dia pernah menyaksikan jirannya yang jsakit gagal membuat tuntutan insurans sehingga terpaksa membayar sendiri bil perubatan hospital. (Gambar Hiasan)

"Aku bukan nak tutup periuk nasi orang insurans ni tapi aku berani jamin duit 'comission' korang dapat tu tak berkat," ujarnya.

Jelas wanita itu lagi, dia juga pernah mengambil pelan insuran perubatan namun telah menghentikannya atas permintaan suami.

"Buat apa nak insurans. Kita ada Allah. You know. Sebabkan yakin ada insurans, korang pun gedik admit hospital private. Kalau insurans sebab bekerja tu memang wajib ambillah sebab polisi syarikat.

"Korang ingat insurans ni akan mudahkan waris korang bila korang tak ada nanti? Nope. Betapa rumitnya siasatan syarikat insurans ni atas kematian korang sebabkan waris korang nak claim sangat insurans tu. Then mayat lambat dikebumikan, seksa mayat. Suka macam tu?

Macam-macam analogi korang bagi tapi semua tak make sense. Fahamkan dulu maksud tawakal kepada Allah.

WANITA TWITTER

"Bila korang dah apply insurans, Allah nampak yang korang lebih memilih insurans ambil tanggungjawab-Nya. So mulalah dapat sakit tu sakit ni sebabkan nak sangat insurans kan. Rasakan," tulisnya lagi.

Sehingga kini, posting thread itu menerima lebih 3,400 ulang kicau (Retweet) di laman Twitter.

Menerusi siri tweet berasingan, wanita itu menjelaskan dia bercakap mengenai insurans perubatan sahaja dan ia tidak berkaitan dengan insurans wajib untuk kereta mahupun pekerjaan.

Malah, dia turut menafikan dakwaan segelintir individu yang turut mengaitkannya sebagai seorang anti-vaksin.

Tambahnya lagi, dia juga pernah menyaksikan bagaimana jirannya yang jatuh sakit namun gagal membuat tuntutan insurans sehingga terpaksa membayar sendiri bil perubatan hospital.

Antara komen netizen di Twitter.

"Macam-macam analogi korang bagi tapi semua tak make sense. Fahamkan dulu maksud tawakal kepada Allah.

"Ada ke patut cakap lapar tak perlu makan sebab tawakal kepada Allah. Gila ke apa analogy macam tu. Tak lut langsung," jelasnya lagi.

Dalam pada itu, beberapa pelayar Twitter turut meninggalkan komen, seolah-olah kurang bersetuju dengan kenyataan wanita itu.

"Ambil insurans ini usaha untuk permudahkan urusan diri dan keluarga jika sakit atau kematian. Suami puan ni boleh diibaratkan jenis macam anti-vaksin tu ke? Jenis tawakal 100 peratus tanpa usaha untuk sihat?

"Kau nak terminate insurance go ahead tapi jangan hasut orang lain. Kita memang ada Allah tapi dengan apa yang kita buat kena usaha baru boleh tawakal. Betulkan niat and cari ilmu.

"Memang kita ada Allah. Tapi Allah menyuruh kita berusaha di atas muka bumi ni. Bukan berserah tanpa usaha," tulis netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain