suria

“Jika tak mampu selamatkan, panjang cerita” - Doktor kongsi kisah bayi dibawa ke zon merah tak bernafas, puncanya terbongkar gara-gara kesilapan ibu

Dr Ahmad Samhan berkongsi kisah bagaimana seorang bayi mengalami masalah pernafasan gara-gara diberi madu oleh ibunya.

MUNGKIN ada segelintir ibu bapa yang berpandangan tidak salah untuk menyuap makanan kepada bayi, asalkan ia lembut dan mudah ditelan.

Tambahan pula majoriti bayi sudah mempunyai beberapa batang gigi apabila mencapai usia enam bulan ke atas, jadi ibu bapa pastinya teruja untuk memberi anak mereka merasai pelbagai jenis makanan.

Meskipun makanan itu bersifat lembut atau mudah ditelan, namun perlu diketahui tidak semuanya sesuai untuk diberi kepada bayi kerana ia mendatangkan mudarat, sebagaimana perkongsian doktor ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak pesakit datang hospital buat kejutan, doktor semakin sedar kematian sangat dekat dengan manusia

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Panas’ tengok nurse diherdik, doktor tak teragak-agak sound waris pesakit... apa yang dilihat selepas itu cukup menyayat hati - “Sebab itu korang patut hormat mereka”

Menulis di Facebook, Dr Ahmad Samhan berkongsi kisah bagaimana seorang bayi tidak sedarkan diri gara-gara si ibu memberikannya madu!

"Jika ada kes zon merah melibatkan bayi kurang satu tahun cukup menggerunkan. Banyak kemungkinan boleh berlaku. Tak semudah merawat orang dewasa.

"Jika tak mampu selamatkan, panjang cerita. Banyak pihak terlibat. Ramai perlu menjawab. Di mana silapnya.



Sebahagian perkongsian Dr Ahmad Samhan mengenai kisah seorang bayi yang tidak bernafas gara-gara diberi madu.

"Kelihatan seorang bayi dikejarkan masuk ke zon merah. Seluruh badannya lemah. Setiap sendi longlai layu. Lebih parah, bayi ini tak bernafas!

"Tiub pernafasan dimasukkan melalui kerongkong. Disambung dengan mesin bantuan pernafasan. Perit! Bila ditanya, rupanya ibunya tersilap berikan air campuran madu setelah anaknya mengalami batuk beberapa hari. Ini silap," tulis Dr Ahmad Samhan.

Menurut doktor ini, madu sememangnya mempunyai banyak khasiat dan digunakan dalam rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, apatah lagi ia disebutkan di dalam al-Quran sebagai makanan ahli syurga dan penyembuh penyakit, namun madu berbahaya untuk bayi.



Madu sememangnya berkhasiat, namun ia tidak sesuai diberi kepada bayi yang berusia kurang dari setahun.

"Madu berkemungkinan mengandungi spora Clostridium botulinum yang boleh menyebabkan keracunan yang dipanggil botulism.

"Pencemaran spora Clostridium botulinum boleh terjadi apabila lebah terdedah kepada flora yang tumbuh pada tanah yang mengandungi bakteria botulisme atau sarang lebah terdedah secara terus kepada spora ini.

"Jika bayi menelan spora Clostridium botulinum, ia akan berkembang di dalam usus mereka dan akan menghasilkan toksin. Toksin ini melemahkan otot dan mengganggu sistem pernafasan," tulisnya.

Sebagai panduan bersama, Dr Ahmad Samhan turut berkongsi kaedah pencegahan yang boleh diamalkan oleh ibu bapa agar bayi mereka tidak mengalami masalah berkenaan.



Dr Ahmad Samhan banyak berkongsi mengenai isu-isu kesihatan di Facebook.

"Hati-hati ketika makan di luar bersama bayi, pastikan sajian yang diambilnya tidak mengandungi madu.

"Jika mengambil rawatan alternatif, pastikan tiada yang berunsur madu.

"Hati-hati dengan makanan yang diproses bersumberkan madu kerana bakteria ini tidak musnah walaupun sudah diproses. Ia hanya boleh dibunuh dengan suhu yang sangat tinggi.

"Nak makan madu boleh tapi tidak untuk bayi kurang dari setahun," tulisnya lagi.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain