suria

“I fikir you putih selama ni” - Instafamous nafi guna filter cerahkan kulit, tenang tepis mesej si mulut jahat

Sarah tidak berkecil hati dengan penghinaan berkenaan dan menganggap ia sebagai satu jenaka sahaja.

MEMILIKI kulit cerah bukanlah ukuran kepada kecantikan individu.

Demikian kata seorang selebriti media sosial, Siti Sarah Mustafa, 22, yang bangga dengan warna kulit semula jadi yang dikurniakan untuk dirinya.

Mesra disapa Sarah, dia berkongsi kisah dihina kerana berkulit gelap sehingga perkara itu menjadi perbualan ramai pelayar media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Stres berganda! Nak hadap SPM tapi kulit muka buat hal, sampai ada suruh pakai kertas pasir... berkat sabar remaja ini bakal terbang ke UK!

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis kacukan ‘ajar’ lelaki biadab... terhina kulit gelap dibuat gurauan - "Media sosial paparkan cantik tu kena putih, kurus”

Jelasnya, dia yang menerima mesej penghinaan menerusi Instagram tidak berkecil hati, sebaliknya melihat perkara itu dari sudut positif.

"Sebenarnya pada waktu itu saya terdetik nak semak mesej di Instagram, tiba-tiba ternampak mesej seorang individu.

"Saya tak marah, sedih atau terkejut, cuma terdetik bahawa mesti ada lagi insan lain di luar sana yang pernah berdepan situasi sama.

Sarah berkata, ramai individu di luar sana turut berdepan isu sama seperti dirinya sehingga dia terpanggil untuk berkongsi di media sosial.

"Sebab itu saya berkongsi mengenainya, saya mahu orang yang senasib dengan saya feel better. Kita laluinya bersama. Kita ambil positif sahaja," ujarnya kepada mStar.

Menurut Sarah lagi, insiden seperti ini bukanlah pertama kali berlaku ke atas dirinya.

Biarpun menganggapnya sebagai satu tindakan biadab, Sarah bagaimanapun mengambil pendekatan positif dengan melihat mesej berkenaan sebagai satu jenaka yang menghiburkan dirinya.

Saya tak guna filter untuk ubah warna kulit seperti yang didakwa. Saya tak rasa perlu pun.

SITI SARAH MUSTAFA

"Cara dia mulakan perbualan dalam mesej itu sangat biadab. Dia tak kenal saya pun. Tapi saya tak mahu beri perhatian sangat. Saya biarkan sahaja.

"Ini bukan kejadian pertama orang tegur warna kulit saya, tapi bukanlah selalu kena macam ni. Saya terhibur dia cakap macam tu.

"Saya tak guna filter untuk ubah warna kulit seperti yang didakwa. Saya tak rasa perlu pun.

Mesej yang diterima Sarah di Instagram.

"Macam saya pergi pulau bulan lepas, kulit makin gelap selepas balik. Tapi saya happy, tak rasa risau nak putih balik.

"Sebenarnya tanned skin lagi banyak kelebihan. Kawan saya yang putih, kulitnya jadi merah dan mengelupas selepas balik pulau," ujarnya.

Pesan Sarah lagi, ada cara untuk menegur dan sebaiknya ia disampaikan dalam bentuk beradab dan berhemah.

Sarah mengakui tidak berkecil hati dengan individu tersebut.

Tambahnya, dia berharap agar dijauhkan dari golongan seperti itu yang taksub dengan kulit cerah sehingga sanggup berkata jahat terhadap insan lain.

"Jangan jadikan ia sesuatu yang normal untuk tegur kekurangan orang. Berbuat baiklah sesama kita.

"Semua orang sedar, mereka gemuk, ada jerawat, kulit gelap... sekurang-kurangnya janganlah buat mereka rasa kurang yakin pada diri.

Sarah bakal melanjutkan pengajian dalam bidang Komunikasi Massa di UPM pada bulan hadapan.

"Islam pun ajar adab untuk menegur. Jangan rasa kita lagi hebat dari orang lain.

"Saya cuma minta dijauhkan dari orang macam ni dan harap dia tak buat lagi kepada saya dan orang lain," ujarnya yang juga pemegang diploma dari Universiti Perguruan Sultan Idris (Upsi) dalam bidang Bahasa Inggeris.

Dalam perkembangan terbaharu, Sarah bakal melanjutkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada bulan depan dan menyimpan hasrat untuk bergelar pengacara suatu hari nanti.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain