NIAT mahu berjumpa dengan doktor gigi untuk mendapatkan rawatan, seorang gadis tidak menyangka terpaksa melalui pengalaman yang kurang menyenangkan. Kejadian itu dikongsikannya bersama dua video yang dimuatnaik di akaun Twitter @NrlQistina mengenai seorang lelaki berkelakuan mencurigakan ketika beratur untuk memasuki sebuah klinik. Menerusi dua klip video yang berdurasi 15 dan enam saat itu, seorang lelaki kelihatan berdiri berdekatan dengan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai. ARTIKEL BERKAITAN: 'Kelip-kelip merah' dalam aircond bongkar perangai bapa durjana - "Mama, tak ada siapa boleh sentuh alat sulit saya kecuali papa kan?" ARTIKEL BERKAITAN: "Kalau ustaz cium mulut, pipi kamu boleh kan" - Mudir ajak teman tidur sebab takut hantu Cik Bedah, pelajar 'on' nak dapat berkat punya fasal Bercakap kepada mStar, gadis berkenaan, Nurul Qistina Mohamad Fissol berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu ketika mahu mendapatkan rawatan di sebuah klinik gigi di Shahab Perdana di Alor Setar, Kedah. Perkongsian Qistina menerusi video yang dimuat naik di laman Twitter. Gadis berusia 23 tahun itu memberitahu bahawa dia bersama seorang rakan yang menemaninya serta beberapa pelanggan sedang beratur di kaki lima tingkat bawah sementara menunggu klinik tersebut yang terletak di aras satu dibuka. "Masa tu dalam pukul 9.16 pagi kami beratur sebab klinik tak buka lagi. Ada kira-kira 10 orang kesemuanya perempuan, kami berdua. "Masa tu kami di barisan belakang dan saya perasan ada seorang lelaki sedang menggunakan telefon seperti bercakap dengan seseorang," katanya. Lebih mesra disapa Qistina, dia mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada lelaki berkenaan yang kerap mundar mandir dengan memandang tepat ke arah pelanggan wanita yang sedang beratur. Qistina (kanan) bersama rakan yang menemaninya ke sebuah klinik pergigian. Foto ihsan Nurul Qistina Mohamad Fissol "Jarak antara kami yang beratur terutama saya di barisan belakang ketika itu tidak jauh. Tapi dah setengah jam, lelaki itu terus bercakap menggunakan telefon. "Walaupun pakai topeng muka, kita masih boleh nampak pergerakan mulut kalau bercakap di sebaliknya. Lagipun jarak dekat, jadi boleh dengar apa dia cakap. Tapi senyap saja dari awal," ujarnya yang berasal dari Alor Setar. Bila diteliti, saya terkejut nampak tangan dia bergerak-gerak di bahagian tengah dekat alat sulit. NURUL QISTINA MOHAMAD FISSOL Apa yang lebih mengejutkan sepanjang tempoh 30 minit itu, katanya, lelaki berusia 40an itu menyeluk tangan kirinya di dalam poket seluar. "Bila senyap dari tadi, saya cuba teliti gerak-geri dia sebab nak tahu apa sebenarnya tindakan dia sebab kami semua yang beratur tak ada pula pakai ketat-ketat. Saya nampak tangan kiri dalam poket seluar. "Mula-mula tak perasan, tapi bila diteliti, saya terkejut nampak tangan dia bergerak-gerak di bahagian tengah dekat alat sulit. Rupa-rupanya itu yang dibuatnya selama setengah jam," tambahnya. Tidak senang dengan apa yang disaksikannya, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Puncak Alam, Selangor itu mengadu perkara tersebut dengan doktor dan kakitangan klinik. Perkongsian Qistina sebagai kesedaran kepada masyarakat terutama kaum wanita supaya peka dengan persekitaran. Lebih mengejutkan, dia dimaklumkan bahawa ia bukan kejadian pertama kali kerana insiden sama pernah berlaku melibatkan seorang lelaki yang sentiasa ‘menunggu’ di sekitar kawasan itu. "Bila posting saya jadi viral, rupa-rupanya ada yang berkongsi pengalaman sama. Ada yang pernah ditegur seorang lelaki yang memandu bertanyakan tempat, tapi kemudian menggosokkan seluarnya di bahagian tengah. "Pihak klinik ada buat laporan polis berhubung kejadian, tetapi lelaki tu muncul balik. Dengan versi daripada pengadu lain, saya difahamkan lelaki berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai anak. "Perkongsian saya di laman sosial sekadar untuk memberi peringatan kepada semua terutama perempuan supaya berhati-hati dengan persekitaran mereka. "Saya tak trauma atau takut, tapi rasa terkejut sampaikan tak tahu nak buat apa. Kejadian berlaku di awal pagi, tak sangka betul," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!