"SAYA berkali-kali mengucap syukur kepada Allah." Demikian kata seorang ibu yang terselamat selepas terkena renjatan elektrik ketika sedang memandikan anak kecilnya di sebuah hotel baru-baru ini. Menerusi satu perkongsian Facebook, Khairunnisa Hamzah berkata kejadian berlaku ketika dia mahu membersihkan badan anaknya di sinki yang terdapat dalam bilik air. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ingat nak dukung je” - Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan ARTIKEL BERKAITAN: Keriangan bertukar tragedi, dahi anak terbelah dihempap besi rosak di taman permainan- “Mama akan lawan kes ini” "Alang-alang cuci, saya mahu bukakan bajunya sekali untuk mandi. Sedang saya membuka bajunya... tiba-tiba saya rasa bergetar satu badan seperti electric shock. "Ya, benar! Saya dan baby Asytar sedang direnjat elektrik! Dalam beberapa saat otak saya blur, kemudian saya dapat jerit 'letrik!' "Dengan kuat, saya cuba tarik Asytar keluar dari sinki walau saya dan dia sama-sama shaking. Bila tarik sekuat hati, saya tersandar ke dinding, baru renjatan itu hilang," cerita Khairunnisa yang juga seorang penulis dan bekas arkitek ini. Kemalangan yang tidak disangka itu membuatkan ibu kepada lima cahaya mata ini terkesima buat beberapa ketika sehingga tidak mampu memberi respon apabila ditanya oleh suami. Perkongsian Khairunnisa mengenai insiden di bilik mandi hotel yang nyaris meragut nyawanya dan anak kecil. Menurut Khairunnisa, insiden tersebut terjadi kerana anak kecilnya itu menarik keluar pengering rambut yang dipasang di dinding bersebelahan dengan sinki. "Hair dryer itu automatik 'on' selepas ditarik keluar dari 'rumahnya'. Asytar tarik dan ia jatuh, lalu tercelup dalam air takungan di sinki. "Asytar yang kena renjatan dan saya yang sedang peluk Asytar, sama-sama direnjat. Allahuakbar... masih tergamam. "Kami masih hidup. Allahuakbar. Mujur kuasa voltan rendah agaknya. Walau dah sampai rumah, kedua tapak tangan masih rasa bagaikan ada elektrik. KHAIRUNNISA HAMZAH IBU "Atau mujur belum ditakdirkan Allah untuk kami diambil nyawa," katanya. Bersyukur kerana diri sendiri dan anak kecil terselamat daripada insiden berkenaan, namun Khairunnisa berkata dia tetap merasai kesan daripada renjatan berkenaan. "Walau dah sampai rumah, kedua tapak tangan masih rasa bagaikan ada elektrik. Allahu... hotel di atas sana kecil saja biliknya. Sinki dia sebesar sinki di atas kapal terbang sana. "Dalam ruang sinki yang sempit tu, sempat mereka lekatkan hair dryer. Pengering rambut yang dilekatkan di bilik air hotel. Gambar hiasan. Foto: Low Lay Phon "Maka, jadi musibah pada ibu yang ada baby yang sedang suka mencapai apa saja. "Kalau saya masuk meeting pembangunan bangunan perlancongan, saya nak haramkan pengering rambut berada sebelah sinki. Demi keselamatan. Kita tak tahu siapa yang akan kena. "Lebih baik hair dryer letak di meja solek. Di luar bilik air. Elakkanlah 'lengkapkan' bilik air dengan kelengkapan elektrik. "Elakkanlah," katanya lagi. Sehingga kini posting tersebut meraih 175 perkongsian. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!