suria

Berbasikal sambil kutip sampah, pengarah Matic terkilan face mask bersepah di ibu negara... kumpul-kumpul, siap eja ‘Merdeka’ - "Anggap macam rumah sendiri"

Rudy menyusun pelitup muka yang dibuang merata-rata sehingga ia menjadi perkataan 'Merdeka' pada 31 ogos lalu.

BERBASIKAL sambil mengutip sampah di sekitar ibu negara.

Itulah usaha murni yang dilakukan sendiri oleh Pengarah Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Rudy Irwan Shukaime, 41, sebagaimana perkongsian tularnya di laman Twitter.

Bercerita kepada mStar, dia yang mesra disapa Rudy mengakui sudah memulakan inisiatif itu sejak tahun 2018 lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi wheelie lelaki ini dibongkar selepas ‘back up’ budak main basikal di highway - “Saya lagi suka orang kecam”

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuh basikal jelajah 13 negara, 2 mamat Malaysia kongsi pengalaman perit telefon 'terjun' sungai di Perancis - “Hari pertama dah lucu...”

"Dulu saya buat aktiviti plogging, berlari sambil kutip sampah. Terbaharu, saya kutip sampah sambil berbasikal pula bermula 31 Ogos lalu.

"Dari Sentul, saya pusing Kuala Lumpur dan cuma kutip face mask pada hari Merdeka. Banyak face mask yang dibuang merata sehingga saya susun dan boleh buat perkataan Merdeka.

"Yang paling latest saya buat di Lingkaran Saloma. Saya tak cover semua tempat, buat ikut kemampuan sahaja," ujarnya sewaktu dihubungi.

Rudy mengutip sampah sambil berbasikal di kawasan Lingkaran Saloma pada Sabtu pagi.

Ujar Rudy lagi, dia yang berkecimpung dalam bidang pelancongan sememangnya terkilan apabila melihat destinasi tarikan di ibu kota dicemari dengan sampah sarap.

Malah katanya, dia mengambil inisiatif sendiri untuk mengutip sampah kerana menganggap kawasan-kawasan tersebut seperti kediaman sendiri.

"Saya rasa ia satu tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia. Sebagai orang yang prihatin, kita anggap kawasan-kawasan itu macam rumah sendiri.

Walaupun tak boleh buat dalam skala besar, buat secara kecil-kecilan pun tak mengapa.

RUDY IRWAN SHUKAIME

"Kita nak orang datang rumah kita, dari situ saya ambil inisiatif.

"Memang saya sangat terkilan dengan sikap mereka yang buang sampah merata-rata," ujarnya yang menetap di Gombak, Selangor.

Dalam pada itu, Rudy juga berbesar hati jika ada individu di luar sana yang mahu melakukan inisiatif sama sepertinya.

Antara sampah sarap yang dibiarkan bersepah di sekitar ibu negara.

Jelas Rudy, aktiviti itu bukan untuk kecergasan diri semata-mata, malah ia menjadi sumbangan kita sebagai rakyat buat negara.

"Untuk masyarakat di luar sana, kalau nampak sampah di mana-mana tu, sama-samalah kutip dan tolong buang.

Foto yang dikongsi Rudy di laman sosial miliknya.

"Walaupun tak boleh buat dalam skala besar, buat secara kecil-kecilan pun tak mengapa. Sekurang-kurangnya ada sumbangan kita untuk jaga kebersihan negara," ujarnya.

Dalam pada itu, posting Rudy yang dikongsi di Twitter menerima hampir 3,000 ulang kicau (Retweet) dalam tempoh kurang empat jam selepas dikongsi pada pagi Sabtu.

Malah, ramai netizen yang turut meninggalkan komen, memuji inisiatif murni itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain