BEBERAPA hari lalu media sosial 'panas' dengan video seorang usahawan wanita yang juga influencer yang mendakwa dihalau ketika membuat reviu di sebuah restoran popular di Melaka. Menerusi video yang tular, jelas kedengaran suara pemilik restoran yang memberi teguran dengan suara yang kuat, melarang wanita berkenaan membuat reviu di premisnya. Dalam video yang sama, wanita berkenaan yang ketika itu sedang membuat siaran live di Facebooknya, turut membuat komen balas selepas dia mengangkat kaki dari premis tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 10,000 followers saksi influencer dihalau ketika buat reviu di restoran popular Melaka, pertama kali dimalukan sepanjang 14 tahun bisnes - “PKP tak boleh lama-lama” ARTIKEL BERKAITAN: “Tiada siapa menang... mangsa atau tertuduh” - Peguam doakan pesalah kes bunuh 23 nyawa pusat tahfiz insaf ketika di penjara Video berkenaan mengundang perhatian warganet yang memberikan komen pelbagai, namun rata-ratanya mengecam wanita berkenaan kerana menggunakan perkataan kesat, selain didakwa sengaja mengaibkan pemilik restoran berkenaan. Lebih hangat, video lamanya yang memaki seorang netizen dan melakukan 'body shaming' turut mengundang kecaman ramai. Selepas insiden di restoran asam pedas, video lama wanita ini turut tular di mana dia dikecam kerana menggunakan perkataan berbaur makian. Terpanggil untuk mengulas mengenai isu yang sama, seorang peguam, Nor Zabetha Muhamad Nor berpendapat tindakan wanita berkenaan sememangnya tidak wajar kerana menggunakan kata-kata kesat apatah lagi menyamakan netizen yang mengkritiknya dengan haiwan. "Apabila menonton video kata-kata maki hamun oleh seorang social media influencer terhadap seorang wanita, saya yang jadi naik angin. "Setiap patah perkataan penuh dengan kata-kata makian, hinaan, cercaan. Mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu maki hamun dan buat bising. Fahaman yang salah pada generasi muda. Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini. NOR ZABETHA MUHAMAD NOR PEGUAM "Disamakan dengan seekor babi, ditunjukkan gambar yang diviralkan beserta keluarga wanita itu. Dihina wanita itu sehina-hinanya. Saya cuba mesej peribadi mangsa untuk sama-sama ambil tindakan. Bagus untuk pengajaran. "Bagaimanalah orang begini masih lagi diangkat? Kalau beginilah ikon di sosial media, bagaimana pula pengaruh yang dibawanya itu?" tulisnya pada perkongsian tersebut. Tambahnya, apa yang lebih membimbangkan apabila makian dan carutan yang dihamburkan menjadi ikutan dan akhirnya menjadi satu normalisasi dalam masyarakat. Wanita dikenali sebagai Ceknon dilihat memaki hamun pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah gedung perabot popular selepas adiknya tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai topeng muka. "Dek kerana ramai ikon sosial media yang diangkat sehingga boleh menyebabkan normalisasi budaya memaki hamun dan mencarut begini. Mereka rasa maki hamun itu hebat dan berani. "Saya teringat video seorang wanita yang dikenali di sosial media, yang memaki hamun pengawal keselamatan kerana tidak dapat pelitup muka percuma. Sudah puas mengamuk dan menyumpah seranah, akhirnya dia dapat pelitup muka. Nor Zabetha sering mengulas isu semasa dan isu berkaitan perundangan di Facebook. "Adik wanita ini memuat naik di sosial media, rasa bangga ada kakak seperti ini. Betapa perbuatan wanita itu menyebabkan mereka memperoleh pelitup muka di akhirnya. "Mesej yang saya lihat di sini, mereka sampaikan hendak dapat sesuatu perlu maki hamun dan buat bising. Fahaman yang salah pada generasi muda. Saya berharap sangat jenis begini tidak dipopularkan. Berhenti mempopularkan mereka ini," katanya lagi. Sehingga kini posting tersebut meraih 275 perkongsian dan ratusan komen netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan teguran yang disuarakan peguam berkenaan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!