suria

Dulu teman hantar barang, kini teman sehidup semati! Walau dah tinggal dunia rider, wanita terharu pengorbanan suami nak halalkan hubungan

Kisah Amirah dan Fitri pernah tular serta mendapat liputan mStar pada Ogos lalu.

MASIH ingatkah anda kisah seorang gadis yang sanggup mengikut tunangnya keluar bekerja sebagai penghantar makanan pada Ogos lalu?

Terbaharu, pasangan sama cantik sama padan itu selamat dinikahkan dalam satu majis yang berlangsung di Masjid Bandar Bukit Puchong, Selangor pada Sabtu pagi.

Berkongsi cerita kepada mStar, Amirah Amran Gilbert, 23, sah menjadi isteri kepada Muhammad Fitri Zahurrin, 20, dengan sekali lafaz sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Rider kerja keras kumpul bajet kahwin, bakal isteri makin sayang selepas sehari ikut hantar makanan... pemuda kini dah dapat kerja lain, sebulan lagi nak nikah

ARTIKEL BERKAITAN: Rider cun dah biasa dirinya jadi tumpuan! Selain sering dipuji, dapat juga makan free, duit raya - “Mak ayah agak risau”

Mesra disapa Amirah, dia mengakui bersyukur apabila segala rancangan berjalan lancar biarpun dijalankan secara terhad bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.

"Nikah di masjid, tapi sebab ada SOP, lepas akad nikah terus balik rumah. Ada buat jamuan makan kecil-kecilan untuk keluarga sahaja di rumah.

"Buat masa ini, kami nikah sahaja. Atas permintaan ibu dan ayah saya, kami hold dulu majlis sanding sebab keadaan semasa Covid-19 tak menentu lagi. Mereka masih takut.

Pasangan itu selamat dinikahkan sendiri oleh bapa Amirah, Amran Gilbert Abdullah @ Maju (tengah) pada Sabtu.

"Alhamdulillah, semua berjalan lancar, hanya dengan sekali lafaz," ujarnya.

Berkongsi perasaannya, Amirah mengakui cukup berdebar sebelum majlis akad nikah dilangsungkan.

Namun, segala perasaan yang ada berubah menjadi lega apabila selesai dinikahkan sendiri oleh bapanya, Amran Gilbert Abdullah @ Maju.

Atas permintaan ibu dan ayah saya, kami hold dulu majlis sanding sebab keadaan semasa Covid-19 tak menentu lagi.

AMIRAH AMRAN GILBERT

"Sebelum nikah memang berdebar sangat, risau macam-macam hal. Bila dah selesai akad tu, legalah hati ni.

"Untuk suami, terima kasih banyak-banyak atas segala usaha untuk halalkan hubungan kami.

"Terima kasih susah senang bersama dari awal perkenalan. Semoga jadi suami yang baik dan dapat bimbing saya jadi isteri yang baik dan solehah.

Kisah pasangan itu yang disiarkan mStar pada Ogos lalu.

"Semoga rumah tangga kekal ke jannah. InsyAllah Amin," ujarnya.

Dalam pada itu, Amirah sempat berseloroh kononnya dia menahan air mata sewaktu ucapara itu kerana enggan merosakkan solekan pada wajahnya.

Pada 17 Ogos lalu, kisah Amirah menjadi tular setelah dia mengikuti Fitri untuk keluar bekerja sebagai rider selama satu hari.

Fitri sah menjadi suami Amirah dengan sekali lafaz sahaja.

Ujarnya, dia bertindak begity demi menyelami kegigihan Fitri keluar bekerja demi mengumpul rezeki serta wang untuk majlis perkahwinan mereka.

Dalam temubual sama, dia juga sempat mendedahkan Fitri tidak lagi bekerja sebagai rider, sebaliknya kini bekerja di sebuah syarikat kek terkenal.

Pasangan itu mula berkenalan sewaktu sama-sama bekerja di restoran makanan segera McDonald's sekitar dua tahun lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain