suria

Lima tahun kahwin tak dapat anak, isteri tertekan suami berubah disebabkan sindrom PCOS - “Suka tidur seorang, nafkah dah mula kurang”

Kata wanita itu, dia kadang-kala terfikir untuk menamatkan riwayat sendiri akibat tekanan yang dihadapi. (Gambar Hiasan)

SETIAP pasangan berkahwin pastinya mengharapkan kehadiran cahaya mata untuk melengkapkan keluarga mereka.

Ada yang bunting pelamin, malah ada pula yang menunggu bertahun lamanya sebelum diberi rezeki anak pertama.

Terbaharu, seorang wanita yang juga penghidap sindrom polisistik ovari (Pcos) tampil berkongsi kisahnya yang sabar menanti cahaya mata selama lima tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya berpantang sendiri, badan sakit, hati sakit...” - Sara perempuan lain ketika bisnes sedang maju, isteri dah tak sanggup tengok muka suami

ARTIKEL BERKAITAN: Suami nak ‘outstation’ naik pangkat, isteri dalam pantang sanggup packing barang - “Selepas balik tiba-tiba dia baik lain macam...”

Lebih perit, kegagalan mendapat zuriat bagaikan menjadi kesalahan selepas dia disahkan menghidap penyakit itu sehingga dia menerima layanan buruk suami.

"Dah terlampau sakit hati saya ni. Saya dan suami dah kahwin hampir lima tahun, belum ada rezeki anak lagi.

"Pergi check doktor, rupa-rupanya saya yang bermasalah dan disahkan Pcos. Bermula dari situ suami terus berubah 100 peratus.

Dedah wanita itu, usia perkahwinan mereka hampir memasuki tahun kelima.

"Kadang-kadang suami suka tidur seorang. Nafkah pun dah mula kurang. Kadang-kadang lebih suka pertahankan kawan berbanding isteri," luah wanita itu.

Dia berkongsi kisah berkenaan menerusi Facebook Kisah Rumah Tangga pada pagi Sabtu.

Jelas wanita itu lagi, dia yang bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak mula diabaikan suami dan sering ditengking.

Tak ada pasangan yang tak nak anak. Tapi Allah belum bagi rezeki lagi.

ISTERI

Malah, tekanan yang melanda membuatkan dia kadang-kala terfikir untuk menamatkan riwayat sendiri.

"Saya pun ada pendapatan sendiri dengan mengasuh budak, dia cakap dah ada duit sendiri, kenapa nak minta duit dia?

"Kalau dia tengking, nak tak nak saya kena melawan sebab tak tahan dengan hinaan dia. Saya tahu sangat berdosa melawan cakap suami.

"Sampai banyak kali saya rasa nak bunuh diri disebabkan perangai suami," ujarnya lagi.

Antara komen di Facebook.

Malah kata wanita itu, dia turut dilabel sebagai isteri derhaka oleh suaminya.

"Dia pandai cakap saya isteri derhaka sedangkan dia mengata saya. Kutuk isteri, buat cerita pasal isteri.

"Saya tahu saya perempuan yang tak boleh bagi zuriat. Tapi janganlah sampai menghina.

"Tak ada pasangan yang tak nak anak. Tapi Allah belum bagi rezeki lagi," katanya.

Suaminya mula berubah sikap selepas dia disahkan menghidap sindrom polisistik ovari (Pcos)

Sehingga kini, posting itu turut menerima ratusan komen.

Selain meminta dia bersabar, ada yang turut memberi cadangan untuk wanita itu melakukan rawatan bagi mengubati sakit yang dihadapi.

Malah, ramai yang turut memberikan kata-kata semangat agar dia cekal menghadapi dugaan berkenaan.

Menurut laman web My Health, Pcos adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang menghidapinya.

Pesakit Pcos akan menghadapi masalah kitaran haid yang tidak menentu disebabkan ketidak-seimbangan hormon dalam badan dan ini boleh menjejaskan kesuburan pesakit.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain