HARI Jumaat adalah sebaik-baik hari, dan sebab itulah ia merupakan penghulu segala hari. Namun, ajal dan maut itu adalah ketentuan Tuhan, yang mana kematian itu akan datang pada bila-bila masa. Bagi seorang guru, kedatangan Jumaat (18 September 2020) adalah hari yang menyedihkan apabila seorang pelajarnya meninggal dunia. ARTIKEL BERKAITAN: Balik sehari awal, rupa-rupanya kepulangan terakhir... video call sebelum bapa ditimpa musibah undang sebak - "Ayah susah nak senyum, tapi masa tu berbeza" ARTIKEL BERKAITAN: "Kami dituduh pembunuh" - Doktor kongsi tak mudah berdepan saat kematian, sampai satu tahap perlu patuh pada ketentuan Menerusi satu perkongsian di Facebook, perkhabaran sedih itu bermula apabila hatinya terdetik menghubungi pelajar berkenaan untuk bertanya khabar. Jenazah seorang pelajar dikebumikan pada Jumaat, penghulu segala hari. -Gambar hiasan "Semalam (Khamis) entah kenapa saya rasa tergerak hati nak telefon mak pelajar tu, nak tanya khabar. Maknya beritahu anaknya kurang sihat. "Pagi ini (Jumaat) saya dapat tahu anaknya dah tak ada, pergi buat selama-lamanya," tulis Muhammad Yusof menerusi satu luahan di Facebook. Arwah memang pelajar yang baik. Sangat-sangat baik. Meninggalnya pun hari Jumaat, hari yang baik. MUHAMMAD YUSOF Tidak cukup dengan kesedihan pemergian seorang pelajarnya, guru tersebut sebak sewaktu berkesempatan menziarah jenazah. "Cuma yang buat saya rasa nak tertumpah air mata ialah bila saya melawat jenazah, ayah pelajar tu sambil lap air mata kata kami satu keluarga memang dah standby (siap sedia) kain kafan untuk sekeluarga cuma patutnya saya yang pergi dulu, bukan dia..." ujarnya. Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook. Muhammad Yusof menyifatkan pelajarnya yang meninggal dunia pada hari Jumaat itu adalah seorang yang sangat baik. "Allah, Allah, arwah memang pelajar yang baik. Sangat-sangat baik. Meninggalnya pun hari Jumaat, hari yang baik. "Mari kita sama-sama doakan agar arwah anak murid saya ni diberikan syurga oleh Allah SWT. Amin," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!