SUDAH menjadi peraturan di mana-mana syarikat, seseorang yang tidak dapat hadir untuk bekerja perlu mengemukakan bukti sokongan. Sebagai contoh, individu berkenaan perlu mengemukakan sijil cuti sakit atau medical certificate (MC) sekiranya dalam keadaan yang tidak sihat. Bukan individu yang bekerja sahaja, malah golongan pelajar juga perlu mengemukakan MC sekiranya sakit dan mempunyai kaitan dengan isu kesihatan. ARTIKEL BERKAITAN: Dimaki bodoh kerana rujuk buku, ibu pesakit dapat jawapan padu doktor... sudahnya dapat surat tunjuk sebab! - “Jimat masa, kurangkan human error” ARTIKEL BERKAITAN: Lumrah... duit lelaki ‘terbang’ setiap kali keluar dating, doktor syukur dapat pasangan gentlewoman - “Kalau keluar, mesti kami bayar asing-asing” Namun, ada segelintir golongan yang menyalahgunakan tujuan sebenar dokumen tersebut sehingga mengaitkan doktor asalkan tujuan mereka tercapai. Terpanggil untuk memberi teguran, seorang doktor tampil mengulas isu berkenaan yang pada pandangannya merupakan satu amalan yang tidak wajar apatah lagi membabitkan pelajar sekolah. Dr Kamarul menegur segelintir ibu bapa yang menyalahkan tujuan mendapatkan sijil cuti sakit daripada doktor. "Saya dikhabarkan oleh kebanyakan ibu bapa pelajar bahawa pihak sekolah akan minta penjelasan sekiranya anak mereka tidak hadir ke sekolah. "Jika sakit, perlu beri bukti cuti sakit daripada doktor. Jika ada urusan keluarga seperti kematian, kelahiran, atau keuzuran ahli keluarga, ibubapa perlu kemukakan surat rasmi sebagai dokumentasi. "Saya sebagai doktor, ada perkara saya perlu beritahu. Jujur saya katakan, ramai ibubapa bawa anak datang ke klinik dan paksa doktor beri cuti sakit pada anak, sedangkan anak tu tak sakit. Pelajar itu tak hadir ke sekolah kerana ikut keluarga bercuti, ada kerana tak sempat pulang dari kampung kerana jalan raya sesak, ada kerana kenderaan rosak, ada juga kerana kerja sekolah tak siap. "Saya enggan beri cuti sakit, tetapi ibu bapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengugut saya, demi untuk dapatkan juga cuti sakit anaknya tak sakit itu," tulis Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan dalam satu posting di Facebook. Malah lebih teruk, dedah doktor ini, ada segelintir ibubapa yang meminta sijil cuti sakit untuk anaknya dengan tarikh yang lebih awal daripada hari mereka ke klinik. Dr Kamarul bimbang kesan amalan tersebut akan memberi teladan yang tidak baik untuk para pelajar. "Perilaku ibu bapa tadi dilihat oleh si anak. Dia lihat ibu bapa dia paksa doktor beri sijil cuti sakit, tawar duit untuk sijil cuti sakit, cuba tipu tarikh pemberian sijil cuti sakit. "Bila pelajar ini dewasa nanti, pastinya sebahagian besar mereka akan rasa amalan ini adalah amalan biasa. "Andai saya tolak permintaan ibu bapa ni, mereka akan kata pihak sekolah yang minta sijil cuti sakit, dan kalau tak dapat kemukakan, markah terkumpul (carry over) pelajar akan di tolak, atau pelajar akan didenda. "Terus terang, saya tak pasti sama ada dakwaan ibu bapa itu benar atau tidak, tapi ramai ibu bapa yang mengatakan perkara yang sama. Ramai dakwa, tak semestinya ia benar," ujarnya lagi. Saya enggan beri cuti sakit, tetapi ibu bapa seboleh-boleh merayu, memujuk, memaksa, malah yang sampai mengugut saya, demi untuk dapatkan juga cuti sakit anaknya tak sakit itu. DR KAMARUL ARIFFIN NOR SADAN DOKTOR Bagaimanapun jika dakwaan tersebut benar, doktor ini berkata ia bukanlah sesuatu yang mendatangkan kebaikan sebaliknya memberikan implikasi yang negatif kelak. "Ketegasan berlebihan begini, pada hemat saya tidak mendatangkan hasil yang baik. Jika pelajar tak ke sekolah atas apa-apa sebab, mereka akan minta ibu bapa dapatkan cuti sakit. "Akhirnya, ponteng kelas membawa kepada sikap manipulatif, pemalsuan keuzuran dan sijil cuti sakit, dan inokulasi perilaku-perilaku negatif lain seperti telah dinyatakan awal tadi. Antara komen netizen terhadap perkongsian Dr Kamarul. "Jika tidak hadir ke sekolah bukan atas faktor kesihatan, ibubapa tak perlu kemukan sijil cuti sakit. Tulis saja surat penjelasan kepada sekolah. "Saya percaya, jika alasan dan tempoh cuti dalam permohonan itu munasabah, maka pihak sekolah tidak akan mengambil apa-apa tindakan disiplin terhadap pelajar berkenaan," katanya. Tambah Dr Kamarul Ariffin, ibu bapa tidak perlu cuba untuk melindungi anak mereka sekiranya tidak dapat hadir ke sekolah tanpa sebab yang kukuh. "Ajarlah mereka bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri," katanya lagi. Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 2,200 shares. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!