suria

Kecoh Power Rangers masuk ofis! Pemuda tabah hiburkan orang ramai... sering simpan duka, masalah sendiri di sebalik kostum

Foto yang dikongsi Airil menerima respon luar biasa di Twitter sehingga ia menjadi tular.

KARAKTER adiwira Power Rangers cukup popular dalam kalangan kanak-kanak di negara kita suatu masa lalu.

Terbaharu, aksi dua lelaki yang menggayakan kostum karakter terkenal itu cukup mencuri tumpuan ramai sehingga ia menjadi tular di Twitter.

"Hari ni pergi kerja pakai Power Rangers," tulis Airil Hafiz Mat Kila sambil menyertakan empat keping gambar.

ARTIKEL BERKAITAN: Adegan 4 superhero sekat raja sehari meriahkan majlis kahwin, cuaca baik tapi aura pengantin 'tenggelam'! - “Atas pelamin pun penuh tetamu”

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebenarnya sampai terlupa hari apa” - Lama sangat di rumah, lelaki ini ‘bertukar’ jadi Kamen Rider

Bercerita kepada mStar, pemuda yang mesra disapa Airil itu mengakui terkejut apabila gambar dia dan rakan sekerjanya yang dirakam sebelum mereka 'beraksi' dalam sebuah acara di Johor Bahru, Johor itu berjaya mencuri perhatian netizen.

"Gambar itu dirakam pada Sabtu. Saya sebenarnya memang team cosplay. Pada masa itu kami dipanggil untuk memeriahkan satu acara, ada gerai-gerai dan bazar di JB.

"Kebetulan acara tu sebelah pejabat kami je, sempat ambil gambar dalam pejabat. Tak sangka pula gambar-gambar tu boleh viral," ujarnya.

Airil sudah lima tahun berjinak-jinak dalam dunia cosplay.

Di sebalik penularan gambar-gambar itu, Airil yang berusia 29 tahun sempat berkongsi kisah suka dukanya sepanjang lima tahun melibatkan diri dalam aktiviti cosplay.

Sering dijemput untuk memeriahkan acara dan menjadi penghibur, Airil mengakui ada kalanya terselit duka di sebalik topeng dan kostum-kostum itu.

Pernah satu event, kena pakai kostum Iron Man selama tujuh jam.

AIRIL HAFIZ

"Saya dah terbiasa, jadi tak ada masalah untuk pakai kostum. Biasa satu sesi dalam dua jam. Memang panas dan rimas kalau lama-lama.

"Memang tugasnya nak kena layan orang. Contohnya, walaupun masa tu kita ada masalah, kita tetap kena happy sebaik sahaja sarungkan kostum.

Antara acara yang pernah disertai sebelum ini.

"Kena lupakan masalah seketika sewaktu bertugas, ubah mind set... kita nak kena layan orang. Kena mantain happy," ujarnya yang turut terlibat dalam bidang pengurusan acara.

Paling tidak boleh dilupakan kata Airil, dia suatu masa lalu pernah memakai kostum Iron Man selama tujuh dalam dalam satu acara.

"Penat, memang terlalu penat. Pernah satu event, kena pakai kostum Iron Man selama tujuh jam. Tak selesa bila kena pakai lama-lama, dengan material kostum itu lagi.

Foto yang dirakam pada Sabtu lalu tular di laman Twitter.

"Susah nak bergerak, dengan berpeluh lagi," ujar Airil yang mendedahkan dia juga pernah membintangi beberapa drama di saluran televisyen tempatan sebagai pelakon pembantu.

Sehingga kini, posting dikongsi Airil menerima lebih 10,200 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ramai netizen turut berjenaka dan meninggalkan pelbagai komen menerusi posting itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain