suria

Earphone punca 2 beradik gaduh, abang si kaki sakat suka tengok adik bongsu bengang - “Dia masuk bilik mak, sambil menangis beritahu rindu Abang Danish”

Video dua beradik ini 'bergaduh' mencuit hati para netizen.

ADA sesetengah orang berpendapat individu yang dilahirkan sebagai anak bongsu sangat bertuah.

Ini kerana mereka pasti mendapat perhatian yang lebih daripada ibu bapa dan juga adik beradik yang lain.

Namun, golongan ini juga tidak terlepas menjadi 'mangsa buli' adik beradik yang kuat menyakat, sebagaimana video yang dimuat naik oleh seorang wanita di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Macam sama tapi tak serupa... gelagat 5 beradik rakam foto gaya 29 tahun lalu bertahan 10 saat saja, mana tidaknya dulu 10kg tapi sekarang?

ARTIKEL BERKAITAN: Sakat menyakat, gaduh manja... ramai suka tengok video dua beradik Cina ini ‘kecek Kelate’ - “Saya suka Kelantan sebab...”

Menerusi video berdurasi hampir seminit itu, wanita tersebut merakam gelagat adik bongsunya yang sedang 'bengang' apabila disakat oleh seorang lagi adik lelakinya.

Apa yang melucukan, gelagat si abang benar-benar 'menjengkelkan' sehingga membuatkan si adik benar-benar 'panas' dan bertindak keluar dari bilik.



Intan Emiera Raihana bersama kakak dan dua adik lelakinya.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita bernama Intan Emiera Raihana berkata insiden tersebut dirakam tidak lama dahulu secara suka-suka kerana lucu melihat gelagat kedua-dua adik lelakinya.

"Kami memang rapat... selalu masuk bilik masing-masing sama ada nak berbual atau menyakat. Sebelum record, mereka berdua memang dah 'bergaduh' pasal earphone. Saya pun terfikir nak record sebab rasa macam lucu sangat.

"Si abang, Muhammad Danish Imran memang sangat suka menyakat... lagi-lagi bila tengok adik bongsu, Muhammad Darwish Imran tengah bengang dan marah, makin menjadi dia sakat," cerita wanita ini mengenai kedua-dua adik lelakinya yang berusia 19 tahun dan 16 tahun itu.



Sungguhpun kaki sakat, hubungan Danish (kiri) dan adik bongsunya, Darwish begitu erat.

Dia yang memuat naik di aplikasi TikTok tidak menyangka video berkenaan menjadi tular selepas ada beberapa netizen yang berkongsinya di platform media sosial masing-masing.

"Tak sangka pula ramai yang share di Twitter. Mereka tak terkejut sangat sebab sebelum ini ada juga video mereka yang viral. Mereka chill saja.

Pernah sebelum ini si adik menangis sebab rindu bila abangnya masuk universiti. Beberapa hari pertama, dia beritahu saya yang dia rindukan abang.

INTAN EMIERA RAIHANA

KAKAK

"Tapi tak sangka ramai beri komen positif, malah ada yang kata bestnya ada adik beradik rapat macam ni. Saya sedih juga bila baca komen macam ini tapi saya doakan, mereka mungkin tak dapat sekarang tapi harap mereka akan dapat suatu hari nanti.

"Ada juga yang siap suruh buat saluran YouTube. Tapi benda ini terjadi secara spontan saja. Apapun, saya gembira bila video ini menggembirakan orang lain juga," kata wanita berusia 23 tahun ini.



Bercuti bersama merupakan antara aktiviti yang sering dilakukan keluarga Intan Emiera Raihana.

Bercerita lebih lanjut perihal kedua-dua adiknya itu, wanita ini berkata kedua-duanya sememangnya rapat antara satu sama lain kerana mereka sahaja anak lelaki dalam keluarga.

"Adik beradik kami ada empat, dua yang di atas adalah perempuan dan dua di bawah adalah lelaki. Kedua-dua mereka rapat sangat dan selalu share rahsia berdua. Hanya bila time sakat tu saja yang annoying.



Keluarga ini juga gemar mengenakan pakaian sedondon ketika Hari Raya.

"Pernah sebelum ini si adik menangis sebab rindu bila abangnya masuk universiti. Beberapa hari pertama, dia beritahu saya yang dia rindukan abang. Tapi ada satu ketika, dia masuk bilik mak dan menangis sambil beritahu dia rindu abang dia.

"Kami memang rapat, selalu buat aktiviti sama-sama. Tabah-tambah lagi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semua ada dalam rumah dan ketika itu, kami tak pernah missed untuk solat berjemaah Maghrib dan Isyak bersama sekeluarga," ceritanya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain