suria

“Weh mendap kereta ni kau naik” - Mangsa body shaming tak ambil hati.... formula menari, elak 3G turunkan hampir 60kg berat badan pemuda ini!

Pemuda ini berjaya menurunkan berat badannya sehingga mencecah 60 kilogram dalam masa 23 bula.

SETIAP individu pasti mahu kelihatan menarik dan mempunyai berat badan yang ideal.

Mempunyai berat badan yang berlebihan atau digelar obesiti bukan sahaja menyukarkan seseorang bergaya dan berpenampilan menarik, malah terdedah kepada risiko pelbagai penyakit kronik.

Atas faktor tersebut, segelintir daripada golongan yang obes nekad untuk menurunkan berat badan mereka, termasuk pemuda ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dari kecil tak pernah rasa kurus” - Gadis turun hampir 18kg selepas buat 9 perkara, produk pelangsingan hanya tambah stres

ARTIKEL BERKAITAN: Turun 36kg! Gadis ini pernah digelar badak, dugong... tak sangka nak berkawan pun ramai pilih yang slim - “Saya cuba kurangkan nasi, hasilnya agak lambat”

Pemuda bernama Muhammad Shahrizuan Hamzan ini berkata, pada peringkat awal ketika berusaha untuk mendapatkan berat badan ideal, dia mula mengawal pemakanan selain melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Jika kebanyakan orang suka bersenam atau mengunjungi gimnasium, pemuda yang sedang disapa sebagai Wawan ini pula lebih gemar menari.



Muhammad Shahrizuan memuat naik video yang menunjukkan perbezaan berat badannya.

Malah, dia turut berkongsi videonya melakukan aktiviti berkenaan di laman Twitter, yang sehingga kini meraih lebih 250,000 tontonan dan 7,400 retweet.

"Sebenarnya menari tu sebab hobi saya, so ada video menari saja untuk buat perbandingan dari dahulu sampai sekarang. Ramai ingat yang menari saja boleh kurus. Tapi sebenarnya kena jaga makan juga.

"Kalau macam saya, amalkan kurangkan portion karbohidrat dan lebihkan protein. Dan stop air manis terus," kata pemuda yang gemar memasang lagu Feel Special dendangan kumpulan Twice.



Hobi Muhammad Shahrizuan yang gemar menari menjadi salah satu rutin untuknya menurunkan berat badan.

Berbadan besar sejak di bangku sekolah rendah, pemuda ini berkata beratnya makin bertambah sehingga mencecah 154 kilogram (obes tahap 3) dan keadaan ini memberi kesan kepada tubuh badannya.

"Pertama sekali saya ambil keputusan nak turunkan berat badan sebab kaki saya selalu sakit dan tak boleh berjalan lama lagi-lagi pergi shopping mall.

"Saya juga susah nak cari pakaian saiz yang berpadanan. Dulu 5XL, kalau jumpa pun rekaan-rekaan tak lawa. Jadi memang rasa nak turunkan berat tu," ujar pemuda berusia 23 tahun ini.



Gambar kenangan ketika menyambut Aidilfitri pada 2017 di mana ketika ini berat Muhammad Shahrizuan melebihi 150 kilogram.

Mula 'bekerja keras' merealisasikan impiannya sejak Oktober 2018, pemuda ini berbangga apabila mampu menurunkan berat sehingga 59.3 kilogram dalam masa 23 bulan.

"Dulu diet sendiri-sendiri just buat research sendiri saja dan dulu diet tak eat clean. Baru sekarang ni mula eat clean dah lima hari iaitu elakkan 3G (gula, garam, goreng).

"Rindu dengan ayam goreng, makanan segera dan roti canai. Tapi hanya apabila 'cheat day' saja saya makan," ujarnya yang kini bekerja di sebuah resort di Bandar Penawar, Johor.

Sejak dah turun sedikit, badan mula rasa ringan. Ramai kata menari pun dah makin laju.

MUHAMMAD SHAHRIZUAN

Pernah menjadi mangsa 'body shaming' ketika masih bersekolah, Muhammad Shahrizuan bagaimanapun berkata dia tidak pernah mengambil hati.

"Tapi kalau kawan-kawan bergurau tu ada la yang ingat, contohnya mereka kata 'Weh mendak (mendap) kereta ni kau naik'. Tapi kita mampu senyum je.

"Tapi sejak dah turun sedikit, badan mula rasa ringan. Ramai kata menari pun dah makin laju... kalau dulu macam lambat dan tak bermaya. Sekarang berat saya 94.7 kg," ujarnya yang mensasarkan untuk mencapai berat sehingga 65 kg.



Muhammad Shahrizuan (empat, kanan) bersama keluarga ketika Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Mendapat sokongan padu daripada keluarga dan rakan-rakan, pemuda ini turut menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat mereka yang juga mempunyai berat badan berlebihan sepertinya.

"Untuk yang nak kuruskan badan, jangan putus asa, teruskan misi anda, memang sedikit ambil masa tapi korang akan puas dan bersyukur dengan keputusannya," ujarnya mengakhiri bicara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain