PEMASANGAN kamera litar tertutup (CCTV) mampu meningkatkan ciri-ciri keselamatan di sesebuah kawasan. Bagi yang berkemampuan, mereka juga boleh memasangnya di kediaman masing-masing. Terbaharu, pertanyaan seorang individu berhubung pemasangan CCTV turut mencuri perhatian ramai di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Apa nak buat jika terserempak kelibat putih? Orang tua dulu-dulu suruh londeh seluar - "Tak ada lagi orang mati kena cekik hantu” ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja takut buat OT bunyi pelik di pejabat... Selepas tengok CCTV semua terkejut muncul kelibat "Salam. Adakah sesiapa yang sudah pasang CCTV di rumah dan tiba-tiba terperasan kamera ada merakam benda-benda yang tidak sepatutnya pada waktu malam? "Bertanya kerana sedang mempertimbangkan untuk pasang CCTV di dalam dan sekitar rumah," tulisnya di Facebook Tukang Apa Hari Ini. Dikongsi pada Selasa, ramai pelayar Facebook turut memberikan pandangan masing-masing berhubung hal itu. Rata-rata netizen bersetuju untuk CCTV dipasang di rumah jika seseorang itu berkemampuan. Kata mereka, rakaman CCTV boleh menjadi bukti sekiranya berlaku perkara tidak diingini seperti kes kecurian dan sebagainya. Ada netizen mendakwa ternampak pelbagai kelibat pada waktu malam menerusi rakaman CCTV yang dipasang di kediaman. Dalam pada itu, ada individu yang pernah memasang CCTV di rumah mereka turut berkongsi kisah seram yang dialami sebelum ini. Menurut Rabiatul Siti, CCTV yang dipasang di kediamannya sekitar setahun lalu banyak merakam objek dan entiti misteri. Antaranya bebola putih sebesar penumbuk, lambaian kain, kucing berjalan tembus jaring dan sebagainya. "Biasalah tu, bear bergerak sendiri, kerusi bergoyang, lampu terpadam, serangga macam-macamlah. Dah nama pun CCTV, ia rakam semua. Tengok balik masa siang hari, padamlah kalau tak mahu simpan," tulis seorang lagi netizen, Amza Basri. "Saya ada pengalaman macam ni. Bukan kat rumah tapi tempat kerja. Memang selalu nampak benda misteri setiap hari. Tengok balik masa siang hari, padamlah kalau tak mahu simpan. NETIZEN "Barang bergerak sendirilah, kelibat melintaslah. Kita pasang tujuan keselamatan. Duit hilang ingatkan orang curi tapi tak ada pecah masuk, last-last nampak macam budak kecil ambil duit tu. "Panggil ustaz pagar kedai tu. Nasihat saya teruskan pasang CCTV," tulis seorang lagi pelayar Facebook. Dalam pada itu, seorang lagi individu turut berkongsi kisah lucu yang mana CCTV juga mampu menjadi bahan bukti melibatkan kes curang dan sebagainya. "Kawan saya perempuan pasang CCTV. Memang ada merakam. Benda yang tak elok. Suami dengan orang gaji dia bergurau mesra," tulis seorang pelayar Facebook. Ada netizen menyuarakan rasa risau terlihat kelibat bukan-bukan sekiranya memasang CCTV di rumah mereka. Dalam pelbagai komen yang ditinggalkan, ada yang turut memberi nasihat agar tidak menghiraukan hal-hal mistik memandangkan pemasangan CCTV bertujuan untuk meningkatkan ciri keselamatan di kediaman masing-masing. "Nak takut hantu ke atau nak takut rumah kena pecah? Pilihan di tangan anda. "Macam-macam boleh nampak. Tapi untuk keselamatan harta benda dan nyawa, better pasang CCTV," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!