KECOH di laman Twitter beberapa hari lalu gara-gara seorang pelayar mendakwa diberikan ayam goreng berulat dari sebuah restoran makanan segera popular. Malah, pelayar tersebut turut memuat naik sekeping gambar yang memperlihatkan beberapa ekor ulat di sebalik kulit ayam goreng tersebut. Perkongsian tersebut menjadi tular sehingga ramai netizen turut melontarkan komen meluahkan rasa jijik, malah ada yang 'memangkah' restoran makanan segera berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan bengang waiter hanya gelak selepas hidang ‘telur dadar lipas’, anak owner bagi diskaun RM10 - “Tolong jaga kebersihan, jaga adab” ARTIKEL BERKAITAN: Alamak! Telur lipas atau kacang merah? Yang penting makanan dalam pinggan dah licin - “Sudah habis nasi, masa nak bayar baru jumpa” Namun apa yang mengejutkan, pelayar berkenaan kemudian tampil dengan satu kenyataan permohonan maaf secara terbuka kerana membuat perkongsian tersebut. "Saya mengesahkan bahawa kenyataan saya itu telah dibuat secara melulu dan tanpa usul periksa oleh saya. Pada hakikatnya, Ayam Goreng Mc'D yang saya paparkan dalam siaran Twitter saya tersebut telah dibeli dan disimpan di rumah saya beberapa hari sebelum itu. "Oleh itu, ia telah terdedah kepada suhu persekitaran yang mengakibatkan makanan tersebut menjadi tercemar. "Dengan ini, saya memohon maaf kepada pihak McDonald's Malaysia kerana membuat dakwaan-dakwaan yang palsu dan bersifat memfitnah berkenaan produk-produk McDonald's. "Saya sedar bahawa kenyataan saya tersebut telah mendatangkan kesan negatif dan menjejaskan reputasi dan perniagaan McDonald’s Malaysia," tulis gadis itu dalam kenyataan tersebut. Permohonan maaf yang dimuat naik oleh gadis tersebut di Twitter. Menurut gadis itu lagi, permohonan maaf yang dilakukan tidak ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Dalam pada itu, gadis tersebut turut memohon agar hantarannya sebelum itu tidak lagi disiar dan dikongsi oleh mana-mana pihak. "Saya menyesali tindakan saya dan saya berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapan saya ini," tulis gadis itu lagi. Perkongsian tersebut meraih 6,900 retweet dan dibanjiri ratusan komen netizen yang melontarkan pelbagai reaksi. Ada yang curiga dengan permohonan maaf tersebut dan membangkitkan persoalan sama ada gadis itu 'dibayar' pihak tertentu, namun ramai yang menyangkal 'tuduhan' tersebut. Antara komen netizen pada perkongsian gadis berkenaan. Namun sebilangan besar netizen menyifatkan tindakan gadis tersebut sebelum ini nyata memakan diri kerana dibuat secara melulu. Malah ada segelintir netizen yang mengecamnya kerana tindakannya menyebabkan ramai sudah mulai ragu-ragu untuk membeli makanan dari restoran tersebut. "To be honest girl, kalau betul ni memang kerja you, you memang kurang ajar gila. Berapa hari kita orang geli nak makan ayam Mc'D even ayam KFC sekali pun. Shame on you girl, tak marah, tapi kecewa gila," tulis seorang netizen. "Niat tak menghalalkan cara. Cara you ni boleh tutup periuk nasi orang ye sis, tak fikir ke staf-staf McDonald's boleh dibuang kerja," tulis netizen lain pula. "Kalau ada maggots sekali pun tak perlu viral, pergi dekat manager, mereka akan beri you ganti rugi," komen seorang lagi netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!