suria

Ramai teringin nak cuba roti homemade sebab pakcik ni sweet sangat... asyik puji isterinya - “Tiru makanan hotel tapi dia buat lagi sedap”

Video memaparkan Wan Yusoff mempromosikan roti jualannya menerima lebih 300,000 tontonan di Twitter.

TINDAKAN seorang peniaga warga emas yang petah melayan pelanggannya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor mencuri perhatian ramai pelayar media sosial.

Menerusi video berkaitan dirinya yang tular, Wan Yusoff Wan Ahmed, 64, bercerita mengenai keunikan roti hasil air tangan isterinya, Rokiah Samsudin, 60, yang diusahakan bersama sejak 10 tahun lalu.

Bercakap kepada mStar, Wan Yusoff sempat memperincikan perjalanan perniagaan dia dan isteri yang mana ia turut dikembangkan ke tujuh pasar malam sekitar negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu kerja OK, kini jual keropok lekor! Pemuda hilang kerja tak sangka satu mesej WhatsApp daripada abangnya mampu buka rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: “Dugaan paling besar sepanjang 24 tahun berniaga” - Peniaga pasar malam akui terpaksa pelan-pelan kayuh selepas PKP

"Dulu saya seorang pengurus syarikat swasta, dari bidang tembakau ke bidang pelaburan. Selepas itu saya buat syarikat latihan dalam bidang pengurusan dan keusahawanan.

"Pada 2008, ekonomi merudum, jadi saya cuba fikir apa yang boleh dibuat. Bila cari-cari, saya dapati roti (bisnes) ni tak bermusim.

"Orang makan sepanjang masa. Jadi dari situ saya dan isteri mula jual roti," ujarnya sewaktu dihubungi.

Paparan skrin video tular di Twitter.

Bercerita mengenai lebih 20 jenis roti yang dihasilkan, Wan Yusoff mengakui sentuhan magis isterinya itu dizahirkan dalam setiap penghasilan makanan sejak dulu hingga kini.

Malah, dia juga turut menerima pujian netizen kerana tidak lokek bercerita mengenai kerja keras isterinya itu dalam mempromosikan hasil jualan mereka.

"Pakcik kurang kat dapur, isteri yang buat roti. Isteri pakcik dari dulu lagi, kalau dia nampak makanan kat hotel, dia balik dan tiru, tapi dia buat lagi sedap.

Pakcik kena ceritakan pasal dia (isteri), sebab dia yang buat roti, pakcik tak buat.

WAN YUSOFF WAN AHMED

"Pakcik bukan sekadar memuji, itu hakikat yang boleh dibuktikan. Kalau tak percaya, boleh datang rasa.

"Selain itu, pakcik kena ceritakan pasal dia (isteri), sebab dia yang buat roti, pakcik tak buat," ujarnya yang menetap di Batu Caves.

Dalam pada itu, Wan Yusoff yang berasal dari Kelantan mengakui bersyukur dengan penularan video melibatkan dirinya oleh seorang wanita dikenali sebagai Siti Aisyah Jabaruddin di Twitter.

Tweet yang dikongsi Aisyah di Twitter.

Ujarnya, dia tidak pernah terfikir akan menjadi tular namun menganggap tindakan Aisyah memuat naik video itu sebagai salah satu punca rezeki untuk perniagaannya.

"Bagus Aisyah buat macam tu. Ramai yang datang dari Twitter. Selalu pakcik pakai kelebihan pakcik untuk panggil orang beli, kali ni orang datang cari. Alhamdulillah," ujarnya.

Dalam pada itu, Aisyah turut mengakui tertarik untuk membeli roti yang dijual Wan Yusoff kerana kagum dengan cara dia memuji isterinya.

Sebahagian roti yang dijual Wan Yusoff.

"Mula-mula dengar, best sangat cara pakcik bercakap. Apa yang saya tertarik ialah cara dia puji isteri.

"Dari awal pakcik cakap roti tu semua homemade dan berkualiti sebab isteri dia buat sendiri. Dan memang betul lembut, isi pun tak lokek," ujarnya yang turut kagum dengan keikhlasan Wan Yusoff berniaga.

Sehingga kini, video dikongsi Aisyah menerima lebih 300,000 tontonan di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain