KECOH di media sosial mengenai seorang kakak yang selamba membaca mesej menerusi kiriman secara langsung (DM) dalam akaun laman sosial adiknya. Menerusi klip berdurasi 41 saat itu dipaparkan perbualan antara adik lelakinya bersama seseorang yang dipercayai gadis tidak dikenali. Kedengaran dua suara wanita yang membaca setiap mesej berkenaan dan diselang-selikan dengan gelak ketawa. ARTIKEL BERKAITAN: Dapat DM desak padam video nyanyian lagu sendiri, remaja sedih tapi tak melatah... say no! - "Aiskrim, melukis dapat ubati kesedihan" ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pasport, tak pernah ke luar negara tiba-tiba Zach King DM hantar mesej ajak jumpa,"Kalau tak pergi, mungkin saya akan menyesal" Bagaimanapun, tindakan mereka dikecam netizen yang disifatkan tidak menghormati privasi kerana membaca mesej peribadi sehingga sanggup mengaibkan adik sendiri. Perkongsian Aisya di laman sosial menerima kritikan netizen. Salah seorang daripada kakak tersebut tampil mengakui mereka membaca mesej yang dihantar oleh seorang gadis tidak kenali kepada adiknya menerusi DM. Hanya mahu dikenali sebagai Aisya Ariffin, remaja berusia 17 tahun ini memberitahu adik lelakinya yang berusia 13 tahun tahu mesej tersebut dibacanya bersama seorang lagi kakak. "Kami baca mesej tu atas kebenaran adik sebab dia sendiri yang tunjukkan mesej-mesej tu kepada kami. Malah, ketika video tu dirakam, memang kami buka mesej tu depan dia. "Tak mengaibkan sesiapa sebab kami tak dedahkan pun gambar, nama atau akaun adik saya termasuk orang yang menghantar mesej tu," katanya kepada mStar. Antara kritikan netizen. Aisya yang merupakan anak sulung daripada 11 adik-beradik berkata, tiada rahsia antara mereka dan banyak perkara dikongsikan bersama. "Adik saya sendiri tak rasa kami kacau privasi, netizen yang lebih-lebih. Sepatutnya dalam adik-beradik tak perlu ada rahsia antara satu sama lain. Tak mengaibkan sesiapa sebab kami tak dedahkan pun gambar, nama atau akaun adik saya termasuk orang yang menghantar mesej tu AISYA ARIFFIN "Kami bukan orang asing, keluarga dia juga. Lagipun adik masih muda, jadi ada perkara yang perlu dikongsikan kepada yang lebih tua," ujarnya yang berasal dari Ampang, Selangor. Menurut pelajar Tingkatan 5 itu, tindakannya bersama seorang lagi adik berusia 16 tahun mentertawakan kandungan mesej tersebut kerana ia melucukan. Aisya bersama adik lelakinya. "Kami gelak sebab baca mesej 'budak-budak'. Budak perempuan tu try hard sangat nak kenal dengan adik saya sampai cakap yang pelik-pelik. "Tapi kami tak dedahkan identiti budak perempuan tu pun. Jadi, ramai yang salah faham menyangka kami mengaibkan tapi sebenarnya bergurau dengan adik sendiri," katanya. Aisya bagaimanapun berkata, memantau kandungan mesej di laman sosial oleh adik-beradik yang lebih muda adalah perlu sebagai langkah mengambil perhatian. "Budak-budak sekarang lain. Tengok budak perempuan yang hantar mesej kat adik saya, sampai cakap yang pelik-pelik sebab nak berkenalan dengan adik saya. "Jadi, sebagai kakak yang sulung, tak salah untuk saya pantau. Sepatutnya adik-beradik perlu buat macam tu, bukannya buat hal sendiri dan tak ambil peduli," katanya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Sep 26, 2020 at 11:02pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!