PENGORBANAN guru dalam mendidik anak bangsa tidak seharusnya dipertikai. Bukan sekadar ilmu dalam kelas, guru juga banyak membimbing kita untuk menjadi insan berguna dalam kehidupan seharian. Terbaharu, surat kiriman seorang pembaca wanita yang disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia berhubung golongan pendidik khususnya sewaktu pandemik Covid-19 menarik perhatian ramai. ARTIKEL BERKAITAN: Sekadar bertanya, balasan mesej WhatsApp murid buat guru terkedu - “Saya ‘zero’, kena laksanakan tanggungjawab tu” ARTIKEL BERKAITAN: Guru terdiam lihat anak murid pakai mask kotor, siap berjahit dengan benang hitam - “Bagi yang berduit, mungkin tiada masalah” Menurut pembaca itu, dia amat bimbang memikirkan golongan kanak-kanak di sekolah memandangkan mereka berisiko untuk terkena jangkitan wabak Covid-19. Namun, seakan-akan tidak enak kedengaran apabila dia turut menyentuh isu pemantauan oleh guru selepas tamatnya waktu persekolahan. "Lihat sahaja cara mereka bermain dan berbual selepas tamat sesi persekolahan, langsung tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Seorang pembaca mempersoalkan kehadiran guru untuk memantau pelajar di luar sekolah menerusi surat kirimannya kepada sebuah akhbar. (Gambar Hiasan) "Tiada pula kelihatan guru mengawal atau memantau pelajar di luar sekolah yang agak bebas bergaul dan bermain. "Bukan hendak menyalahkan guru yang terbeban dengan tanggungjawab mengajar, namun sekiranya ada pemantauan daripada pihak sekolah, kemungkinan pelajar akan lebih patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. "Ini kerana kita tidak pasti pergaulan pelajar di luar sekolah, ke mana mereka pergi dan berjumpa dengan siapa sekali gus kebolehjangkitan itu amat tinggi," ujar wanita itu. Tiada pula kelihatan guru mengawal atau memantau pelajar di luar sekolah yang agak bebas bergaul dan bermain. PEMBACA/PENGIRIM SURAT Tambahnya, penting untuk pihak sekolah sentiasa berwaspada dan meningkatkan peraturan memandangkan Covid-19 masih lagi berada pada tahap merisaukan. Menerusi pemerhatian mStar di media sosial, ramai guru berkongsi semula surat kiriman pembaca yang diterbitkan pada Isnin itu. Malah, rata-rata mereka seolah-olah tidak setuju dengan beban yang diletakkan di atas bahu mereka selepas tamatnya sesi persekolahan harian. Surat kiriman pembaca yang kini tular di media sosial. Menurut seorang guru wanita di Twitter, dia sedih membaca surat berkenaan dan berharap ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka. "Sedihnya baca. Walhal hari-hari terpacak sambil perhatikan dan pesan suruh jaga jarak. Mereka kanak-kanak, dalam kepala nak main. "Kena marah buat lagi, kena tegur buat lagi. Kalau rotan, mak ayah yang datang sekolah. Didik anak-anak anak juga, ibu bapa tolong main peranan," ujar wanita itu. Dalam pada itu, ramai yang turut meninggalkan komen sinis, memberi bayangan mereka cukup tidak bersetuju dengan pandangan surat pembaca berkenaan. Rata-rata netizen termasuklah mereka yang bergelar guru menyuarakan rasa tidak setuju dengan kandungan surat berkenaan. -Gambar Hiasan "Baik suruh tidur kat sekolah je senang. Memang cikgu banyak masa free pun. Tak payah peduli anak bini, makan minum apa semua. "Itulah besarnya pengorbanan seorang guru... hinggakan di luar waktu persekolahan pun guru diminta untuk memantau anak-anak. Betul kata orang guru adalah segalanya. "Anak cikgu pula siapa yang nak jaga? Saya sebagai anak cikgu terasa dianaktirikan bila orang expect mak saya jaga anak dia. "Cikgu ni robot ke? Waktu rehat? Keluarga? Komitmen lain? Siapa nak uruskan hal-hal lain yang berkaitan dengan cikgu tu kalau bukan cikgu tu sendiri? "Ingat cikgu tu babysitter ke sampai nak kena jaga anak orang sampai ke luar sekolah," tulis beberapa netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!