SEORANG jurusolek tenang menepis kritikan netizen susulan tularnya sekeping foto memaparkan model yang disolek dengan tema 'baby doll' di laman sosial. Menurut Athilla D'hun, dia peka dengan komen-komen yang ditinggalkan dan menganggap ia sebagai lumrah dalam perjalanannya sebagai anak seni. Mesra disapa Athilla, sewaktu dihubungi mStar dia menjelaskan sudah enam tahun berkecimpung bidang itu, namun lebih fokus kepada mekap kesan khas (sfx) dan solekan untuk persembahan pentas. ARTIKEL BERKAITAN: Tak tidur 48 jam demi Lathi Challenge, pelajar Aswara diganggu pukul 4 pagi - “Kenapa part hantu je lampu nak terpadam?” ARTIKEL BERKAITAN: Selamba biar wajah dipicit-picit lelaki, gadis umur 19 tahun dikecam tak jaga batas pergaulan - “Dia cuma pegang pipi saja...” "Sebenarnya saya dijemput jadi juri mekap di Kelantan pada Sabtu lalu. Sewaktu event, saya diminta buat demonstrasi mekap bertemakan baby doll... mekap fantasi. "Saya buat demonstrasi dalam masa kurang sejam. Pada masa sama, saya juga dah terangkan bahawa solekan beauty bukan kepakaran saya. Athilla sudah enam tahun berkecimpung aktif sebagai jurusolek. "Saya lebih kepada sfx. Sebelum ini saya juga buat mekap untuk persembahan pentas. Lebih kepada seni. Kalau di pentas itu, ia berbeza sebab audiens kena tengok dari jauh dan sebagainya. "Jadi saya cuba seimbangkan antara mekap seni dengan beauty. Kebanyakan yang datang hari tu untuk mekap kahwin," ujarnya. Nak kritik kena ada landasan. Kritik bukan hina, tapi kita menilai, kita beri pendapat. ATHILLA D'HUN Menurut Athilla yang kini menetap di Pulau Pinang, dia tidak berkecil hati dengan komen yang ditinggalkan terhadap karya seninya di media sosial. Malah, dia turut memberi nasihat kepada netizen agar menggunakan kaedah lebih positif dalam menyampaikan teguran. "Dalam 10 yang suka, mesti ada yang tak suka. Dalam bidang seni, kita telah diajar untuk terima kritikan. Saya tak kecil hati sangat melainkan yang komen melampauai batasan. Antara hasil solekan Athilla. "Ada netizen yang kritik dengan cadangan, itu bagus. Tapi kebanyakan orang dalam masyarakat kita, mereka komen tanpa cadangan. Jadi bagaimana kami mahu perbaiki? "Nak kritik kena ada landasan. Kritik bukan hina, tapi kita menilai, kita beri pendapat... bukan menjatuhkan," ujarnya lagi. Di Facebook, foto model yang disolek Athilla itu menerima lebih 3,600 likes dan turut dihujani pelbagai komen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!