SETIAP insan yang bergelar anak pastinya menyimpan hasrat untuk membalas segala jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka. Begitu juga dengan guru ini apabila dia serta adik beradik yang lain menghabiskan sekitar RM25,000 bagi membaik pulih kediaman keluarga mereka di Dungun, Terengganu. Menurut Mohd Asri Jusoh, 30, renovasi itu dilakukan bagi memberi keselesaan buat ibunya, Jamilah Ali, 69, serta ahli keluarga yang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Jasa ibu jual nasi lemak dihargai, anak ubah suai rumah RM100,000 jadi mahligai "Kalau ayah ada, dia mesti gembira" ARTIKEL BERKAITAN: Ketepi keinginan beli kereta, graduan kerja kilang mampu capai target miliki rumah pada usia 22 tahun - “Dari segi gaji, mula-mula bagi mak dulu” "Saya memang dibesarkan di rumah itu. Ayah besarkan sikit-sikit rumah papan tu untuk kami sekeluarga. Kemudian ayah meninggal pada tahun 2011. "Rumah tu makin lama makin uzur, dimakan anai-anai. Tandas pula jauh ke belakang. Mak terpaksa turun dan naik tangga untuk ke tandas. "Sampai satu tahap, mak sanggup tahan kalau nak buang air kecil pada waktu malam. Sebab tak larat nak ke tandas. Jadi kami buat keputusan untuk baik pulih rumah itu," ujarnya kepada mStar. Asri bersama ibunya. Mesra disapa Asri, dia yang bertugas di Muadzam Shah, Pahang turut berkongsi hasrat menangguhkan pembelian kereta buat dirinya buat sementara waktu. Jelasnya, aspek keselamatan dan keselesaan ibu menjadi keutamaan memandangkan wanita itu sudah lanjut usia. Tapi bukan duit saya seorang, adik beradik pun ada bagi sumbangan juga. MOHD ASRI JUSOH "Sepanjang dibesarkan, saya tak ada bilik sendiri, kongsi dengan adik beradik. Alhamdulillah, tercapai apa yang dihajatkan untuk besarkan rumah dan ubah jadi lebih selesa."Doakan saya beli kereta pula selepas ini. Memang ada perancangan, cuma dahulukan rumah dahulu untuk ibu saya. "Ubah suai yang pertama dibuat pada Disember tahun lalu, dengan kos RM10,000. Ubah suai kedua pada tahun ini dengan kos RM15,000. Reka bentuk kediaman asal Asri di Dungun, Terengganu. "Tapi bukan duit saya seorang, adik beradik pun ada bagi sumbangan juga," ujarnya. Kata Asri, dia kini lega apabila ibunya boleh menggunakan tandas di dalam bilik tidur sahaja. RM25,000 dihabiskan untuk pengubahsuaian kediaman berkenaan. Malah, ia juga memudahkan urusan ibunya untuk berwuduk setiap kali mahu menunaikan solat. Di Twitter, kisah yang dikongsi Asri menerima hampir 5,000 ulang kicau (Retweet). Malah, Asri berharap apa yang dikongsinya itu mampu memberi inspirasi kepada individu lain untuk sama-sama berbakti kepada orang tua masing-masing. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!