suria

“Minta maaf, saya salah” - Ebit Lew trending di Twitter, patuh disuruh mohon maaf secara terbuka selepas sediakan bas buat pelajar IPT

Ustaz Ebit menjadi trending di Twitter gara-gara isu bantuan yang disalurkannya kepada pelajar yang terkandas baru-baru ini.

SEJAK Sabtu, media sosial kecoh dengan keluhan dan rasa kecewa orang ramai khususnya golongan pelajar susulan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang mencadangkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) untuk menangguhkan pendaftaran secara fizikal atau bersemuka pelajar baharu dan lama ke kampus.

Keputusan yang didakwa dilakukan pada saat-saat terakhir itu sekali gus menimbulkan kesulitan lantaran kebanyakan pelajar sudah tiba di kampus masing-masing namun tidak dibenarkan untuk mendaftar serta diminta pulang.

Keadaan tersebut menyebabkan ramai pelajar terkandas khususnya mereka yang berasal dari lokasi yang jauh kerana mempunyai kekangan kewangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Simpati nasib pelajar U terkandas, wanita ini segera buat mesyuarat tergempar adik beradik! - “Dia malu sangat tapi terpaksa...”

ARTIKEL BERKAITAN: Ebit Lew sayu lihat keadaan M Daud Kilau, sempat suapkan makan sebelum balik - “Walaupun uzur dia masih ceria melayan tetamu”

Namun begitu, di tengah-tengah kekecohan berkenaan, dapat disaksikan sikap prihatin dan pemurah rakyat Malaysia apabila ramai orang awam yang tampil sebagai sukarelawan untuk menawarkan bantuan kepada pelajar yang mempunyai masalah, termasuk pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Beliau tampil dengan inisiatif menyediakan bas percuma untuk menghantar para pelajar dari beberapa institusi, untuk pulang ke kampung halaman masing-masing, selain menyumbangkan wang saku.

Bagaimanapun terbaharu, timbul pula isu kurang enak apabila pengurusan tertinggi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meminta beliau membuat permohonan maaf secara terbuka atas alasan menyalurkan bantuan tanpa mendapatkan kebenaran daripada pihak universiti dan pihak berwajib terlebih dahulu.



Perkongsian terbaharu Ustaz Ebit di Facebook.

"Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil. Saya cuma siapkan macam bas awam.

"Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Saya usahakan bas besar VVIP supaya ada ruang besar sikit ada jarak. Kerusi besar.

"Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga diberi kelulusan," tulis Ebit pada perkongsian terbaharunya di Facebook.

Posting tersebut sehingga kini meraih sehingga 8,800 shares selain dibanjiri sehingga belasan ribu komen netizen yang rata-ratanya menyatakan sokongan dan berdiri teguh di belakang pendakwah tersebut.



Antara komen netizen yang menyatakan sokongan kepada Ustaz Ebit.

"Bantu pun salah tak bantu pun salah, buat baik pun salah tak buat baik pun salah. Dunia dunia oh dunia," komen seorang netizen.

"Tidak perlu memohon maaf ustaz. Kami amat menghargai jasa dan niat bantuan ustaz yang sangat mulia dan cepat," tulis seorang netizen lain.

"Kerja MPP la untuk urus semua tu alahaiii. Takkan ustaz nak buat semua kelulusan tu... ustaz dah sewakan bas percuma, MPP urus kelulusan je, sama-sama la bantu, kan nama Majlis Perwakilan Pelajar," komen yang lain pula.

"Apa bezanya kalau student balik sendiri naik transport awam dengan naik bus yang Ustaz Ebit sedia kan?? SOP macam mana yang nak tu ?? Yang saya nampak bezanya dapat kurangkan beban student yang terkandas. Itu pun problem ka?," komen seorang lagi netizen.



Kenyataan daripada UPSI bersabit bantuan yang dihulurkan Ustaz Ebit.

"Terima kasih ustaz, semalam adik saya naik bas yang ustaz sediakan. Selamat sampai ke kampung. Terima kasih ustaz berikan duit poket RM50 setiap pelajar yang naik bas semalam. Saya doakan urusan ustaz sentiasa dipermudahkan dan diberi ganjaran syurga di sana," demikian pula komen seorang netizen.

Sementara itu, kata kunci Ebit Lew dan MPP UPSI turut tersenarai sebagai 10 topik paling trending di Twitter pada hari ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Ebit Lew, trending, Twitter, netizen, IPTA, bas, bantuan

Artikel Lain