suria

Jumpa sekali je tapi ‘caring’ lain macam, wanita beranikan diri ajak lelaki baru kenal 2 bulan kahwin... jawapan diterima sangat tak disangka

Pasangan ini bertemu jodoh ketika mendaki Gunung Minitinduk pada Mac lalu.

SETIAP orang pasti mempunyai kisah bagaimana mereka bertemu dengan pasangan masing-masing.

Ada yang bercinta bertahun-tahun lamanya sebelum diijabkabul, ada juga yang bertemu jodoh hanya selepas beberapa bulan berkenalan.

Begitu juga dengan pasangan Aty Razali dengan Junaieday yang sepakat untuk mendirikan masjid hanya selepas dua bulan mengenali hati budi masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: Pramugari berhenti kerja, balik kampung selepas putus cinta... kini bergelar isteri selepas sebulan kenal lelaki di ‘live’ Instagram - “Dia jual vespa kesayangan nak bina kehidupan”

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak sangka lelaki sanggup korban tidur sebab nak ‘guide’ daki gunung akhirnya ‘guide’ dirinya ke jannah - “Mula-mula tak suka dia”

Uniknya, pasangan ini bertemu ketika sama-sama mendaki gunung!

Berkongsi cerita dengan mStar, Aty berkata segala-galanya bermula apabila dia membuat hebahan untuk 'open trip' mendaki Gunung Minitinduk di Facebook.



Kenangan bersama trip mendaki Gunung Minitinduk pada 7 Mac 2020.

"Pada mulanya si dia yang kini suami saya tak mahu join sebab ada program lain. Hendak dijadikan cerita, beberapa hari sebelum mendaki, dia WhatsApp pula saya untuk join.

"Jadi kami bertemu pertama kali pada tanggal 7 Mac 2020 iaitu ketika hari pendakian. Itulah kali pertama dan terakhir kami bertemu," cerita wanita berusia 30 tahun yang berasal dari Kota Marudu, Sabah ini.

Bibit-bibit percintaan pasangan ini mula terbit apabila kedua-duanya saling berhubung menerusi aplikasi WhatsApp selepas aktiviti pendakian tersebut.

"Ketika pertengahan Mac, waktu itu kes Covid-19 naik mendadak dan kerajaan laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dia yang mula hantar mesej bertanya khabar dan bertanya keadaan saya, sebab dia tahu saya bertugas di hospital.

"Hampir setiap hari dia kirimkan mesej... tapi kebanyakan isi perbualan kami adalah mengenai situasi Covid-19. Dia pula guru, ketika itu sekolah dah tutup. Kami banyak bertukar cerita masing-masing.

Masa itu saya saja forward sepupu kenalan saya yang bernikah ketika PKP. Dalam nada bergurau saya taip mesej 'jom kahwin'. Tak sangka dia beri respon positif.

ATY RAZALI

"Mesej-mesejnya memperlihatkan dia seorang yang ambil berat. Saya macam perasan dia terlebih caring, tapi dia tak luahkan pun. Saya sendiri tertanya-tanya juga kenapa dia terlalu ambil berat," cerita Aty.

Hinggalah pada bulan Mei, Aty berkata dia memberanikan diri mengajak lelaki berkenaan untuk mengikat hubungan yang lebih serius.

"Masa itu saya saja forward sepupu kenalan saya yang bernikah ketika PKP. Dalam nada bergurau saya taip mesej 'jom kahwin'. Tak sangka dia beri respon positif... rupa-rupanya dia juga simpan perasaan yang sama," cerita Aty.

Pasangan ini akhirnya selamat diijabkabulkan pada 29 Ogos lalu.



Rombongan merisik pada Julai lalu.

"Kami sempat luangkan masa selama kira-kira seminggu sahaja, sebelum masing-masing terpaksa 'berpisah' sementara kerana kekangan tugas. Saya di Kinabatangan, dia di Kota Marudu.

"Hubungan jarak jauh ketika masih dalam fasa awal perkahwinan, cabaran utamanya sekarang tak boleh rentas daerah kerana kes di sini masih meningkat. Kami lepaskan rasa rindu dengan berhubungan menerusi WhatsApp dan video call setiap hari," katanya.

Tidak menyangka coretannya di Facebook menjadi tular, Aty berkata tujuan perkongsiannya hanya sekadar mahu mengimbas kenangan manis perkenalannya dengan suami.



Kenangan sewaktu berbulan madu pada awal September lalu.

"Kalau ikutkan, saya sama sekali tiada niat pun nak kahwin tahun ini... apatah lagi pernah putus tunang dan gagal dalam percintaan beberapa kali.

"Tapi itulah, perancangan Allah, saya dipertemukan dengan suami ketika mendaki. Bagi yang belum bertemu jodoh, saya doakan supaya bersabar... pasti akan tiba satu hari nanti.

"Mungkin perlu tukar suasana sedikit... mana tahu kalau-kalau jodoh bertemu ketika sertai aktiviti bersama-sama," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain