suria

Lain macam punya senaman! Pasangan dari Malaysia selamba ‘beraksi’ bersama kambing di Amerika - “Kena pijak, lagi sedap rasanya...”

Pasangan suami isteri rakyat Malaysia ini menjadi perhatian kerana melakukan senaman yoga kambing. -Foto ihsan Iqbal Fatkhi

LAIN macam gaya pasangan suami isteri ini yang melakukan aksi 'rare' bersama seekor kambing.

"So, we did a thing today. (Jadi, kami melakukan sesuatu hari ini). Selamatlah depa ni daripada kena bakar nanti," tulis seorang suami menerusi satu ciapan di laman Twitter merujuk kepada kambing tersebut.

Rata-rata netizen menyedari aksi yang dilakukan oleh pasangan itu sebenarnya merupakan salah satu jenis senaman yoga yang mungkin tidak pernah dilihat di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Angah dipakaikan baju, lampin... dibawa tidur sekatil! Ada yang sanggup bayar cash RM5,000 untuk cucu - "Tak jual kecuali RM8 juta"

ARTIKEL BERKAITAN: 'Rare' kambing sertai hari sukan sekolah, tiba-tiba 'Abang' terlepas... kecoh dibuatnya!

Rupa-rupanya kelas senaman itu disertai oleh sepasang suami isteri rakyat Malaysia yang kini berada di Texas, Amerika Syarikat (AS).



Pasangan suami isteri ini seronok melakukan senaman yoga kambing.

Lelaki berkenaan, Iqbal Fatkhi berkata, dia dan isterinya menyertai satu kelas yoga di Houston, yang terletak kira-kira satu setengah jam perjalanan dari kediaman mereka di Texas.

"Saya baru menetap di Texas bersama isteri, Syazana Yazid yang bekerja di sini sejak Mac lalu. Sebelum ini, kami selalu melakukan senaman yoga.

"Tapi untuk yoga kambing adalah pertama kali. Di Texas banyak ladang dan penternak, jadi mudah untuk dapat kambing-kambing ni," katanya yang berusia 27 tahun kepada mStar.



Kambing yang berada di badan turut melatih mereka dari segi keseimbangan.

Iqbal berkata, kelas yoga kambing yang disertai mereka pada hari berkenaan melibatkan 14 peserta yang terdiri secara individu dan berkumpulan dengan penjarakkan sosial tidak diabaikan.

"Ada 10 ekor kambing yang disediakan untuk para peserta, dengan kebanyakannya adalah baka Nigerian Dwarf. Tapi bukan satu kumpulan akan dapat seekor. Macam kami sendiri dalam sesi tu dapat cuba yoga dengan empat ekor.

"Tapi bukan empat ekor serentak. Kambing-kambing ni berkeliaran dalam satu kawasan. Hanya seekor kambing setiap kali senaman," ujarnya yang berasal dari Subang, Selangor.



Syazana tidak menyangka kambing yang ditemuinya sangat manja.

Sementara itu, Syazana pula berkata, tidak dinafikan ramai yang bertanyakan mengenai manfaat melakukan senaman yoga dari segi kesihatan.

Apa yang diketahui mereka bahawa senaman yoga merupakan terapi berkaitan dengan pengaliran darah, dan begitu popular di sesetengah kawasan di AS termasuk Texas.

Walaupun sesi hanya berlangsung selama sejam, tapi kami berdua puas hati. Satu pengalaman yang berbeza.

IQBAL FATKHI

"Seronok, macam tak percaya kambing-kambing ni sangat manja. Bila kena pijak dengan kambing kat belakang badan, lagi sedap rasanya macam kena urut.

"Kambing-kambing ni pula tak berat, jadi mudah untuk berada di atas badan memandangkan senaman yoga mementingkan keseimbangan," ujar jurutera yang berasal dari Kajang, Selangor itu.



Aktiviti masa lapang yang berbeza buat Iqbal dan isteri.

Sesi senaman yoga kambing itu ternyata memberi kelainan buat Iqbal dan Syazana dalam mengisi masa lapang ketika menjalani kehidupan di negara Uncle Sam itu.

"Walaupun sesi hanya berlangsung selama sejam, tapi kami berdua puas hati. Satu pengalaman yang berbeza dan pasti kami akan mencuba lagi sekiranya berpeluang.

"Ramai bertanya tak busuk ke kambing tu? Percaya atau tidak, tak busuk langsung! Saya boleh belai kambing dan bersentuhan kena pipi, peluk lagi," katanya dengan nada teruja.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain