suria

Tak pernah merasa beli baju di mall, gadis malas bersenam terkejut berat badan susut 44kg... hanya pegang satu kata kunci! - “Gemuk dari kecil, tak sangka boleh kurus”

Kisah transformasi Izzah mencuri perhatian ramai di Twitter.

HILANG 44 kilogram (kg) dalam tempoh tujuh bulan.

Begitulah kisah transformasi Izzah Syafiqah Zainal Alam, 19, yang menjadi bualan ramai di Twitter.

Mesra disapa Izzah, dia sewaktu dihubungi mStar sempat memperincikan semula 'perjalanan untuk kurus' yang dilaluinya bermula awal tahun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Perkataan tu buat saya rasa hina sangat” - Dulu saiz XL kini XS, pensyarah kongsi tip kurus tapi tak tinggal ‘fast food’

ARTIKEL BERKAITAN: Guru makin kacak lepas turun 65kg, masa gemuk berkali kerusi patah - "Bila buang air, tangan tak sampai nak cuci"

"Saya bermula pada bulan Januari tahun ini. Sebenarnya nak diet dari hujung tahun lepas lagi.

"Masa tu saya tengok ramai orang kongsi gambar transformasi mereka di Twitter. Bila tengok gambar-gambar tu, saya rasa bersemangat nak buat juga.

Izzah megambil masa tujuh bulan untuk mendapatkan berat badan ideal.

"Memang tak mudah... susah. Tapi kalau kita nak, kena struggle. Berat asal saya 120kg, sekarang dah 76kg," ujarnya.

Menurut Izzah, perubahan itu bukan sahaja memberi keyakinan buat dirinya, malah memudahkan urusan dalam berfesyen.

"Antara benda yang orang tak nampak, nak cari baju lagi mudah. Sebelum ni tak pernah beli baju kat mall, sebab kat sana jual yang saiz standard je.

Dari kecil, saya tak pernah jangka boleh turun berat badan.

IZZAH SYAFIQAH ZAINAL ALAM

"Jadi sekarang pergi mana-mana pun senang sebab mudah cari saiz. Kalau dulu saya hanya beli baju di kedai yang jual plus size sahaja. Keyakinan juga makin bertambah khususnya bila nak berdepan dengan orang," ujarnya.

Tambah Izzah, bukan dia sahaja, malah rakan-rakan serta keluarga turut gembira melihat perubahan dirinya.

Lebih manis kata Izzah, kejayaan itu dianggap satu pencapaian luar biasa memandangkan dia sememangnya berisi sejak kecil lagi.

Foto terbaharu Izzah.

"Sudah tentu keluarga gembira. Sebab dari kecil sampai umur sekarang saya memang gemuk. Dari kecil, saya tak pernah jangka boleh turun berat badan.

"Mereka semua happy. Malah, saya juga bersyukur dengan reaksi positif di Twitter, tak sangka akan viral.

"Ramai yang komen dan mesej, ada yang minta petua. Bagi saya, apa yang paling penting untuk kurus adalah jaga pemakanan.

Izzah akui lebih berkeyakinan dengan penampilan terbaharunya.

"Saya malas nak bersenam, tapi lebih aktif bersukan, main bola jaring dari sekolah rendah sampai sekarang," ujarnya yang juga penuntut bidang Perdagangan Antarabangsa di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Terengganu.

Sementara itu, video transformasi Izzah menerima lebih 331,000 tontonan di Twitter.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen netizen yang rata-ratanya memuji kejayaan gadis itu mendapatkan berat badan ideal.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain