suria

Gila-gila undang kecaman! Calon STPM tersasul ketika cuba rakam vlog, dituduh hidup berpaksikan lelaki - “Memang diri saya macam tu”

Dayah sama sekali tidak menyangka video spontan itu bakal menerima perhatian ramai.

LELAKI cuma suka perempuan yang gila-gila, bukan betul-betul gila.

Demikian komen seorang lelaki berhubung video tular seorang gadis yang dikongsi di Twitter.

Menerusi video tular itu, Nur Hidayah Abd. Rahman, 18, tersasul sewaktu sedang bercakap seolah-olah dirinya seorang pengacara rancangan vlog.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis berhijab mengaku perangai gila-gila pertahan aksi lucah tunjuk jari tengah - “Ibu bapa dah bagi didikan sempurna, ni atas diri saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Nak bercuti 30 minit dari rumah je, tapi gaya macam nak ke luar negara... aksi catwalk gadis Pasir Gudang bikin ramai terhibur - “Kalau bab OOTD memang laju”

Mesra disapa Dayah, dia mengakui video itu dirakam secara spontan sejurus pulang dari kenduri dan tidak menyangka ia menerima 300,000 tontonan di media sosial.

"Saya sememangnya suka nak buat video ala-ala vlog, jadi YouTuber atau pengacara. Masa tu saya rakam secara suka-suka dan stres sebab asyik tersasul.

Dayah bercadang untuk menjadi YouTuber suatu hari nanti.

"Lepas tu saya letak kapsyen 'betul ke lelaki suka perempuan gila-gila?' sebab kapsyen tu tengah trend sekarang.

"Tak ada kena mengena dengan video tu pun. Saya sekadar bergurau. Sebenarnya memang ada cita-cita nak jadi YouTuber, tapi belum tahu macam mana nak mula. Belum daftar akaun YouTube lagi," ujarnya kepada mStar.

Walaupun menghiris hati, saya tetap tak ambil hati sebab mereka pun tak kenal saya.

NUR HIDAYAH

Dalam pada itu, Dayah mengakui peka dengan segala komen yang ditinggalkan netizen di Twitter.

Selain terhibur dengan aksi bersahajanya, Dayah mengakui turut menerima beberapa komen dalam nada negatif.

"Sebenarnya perangai saya memang jenis 'meriah', memang natural suka cakap lepas. Tapi tak sangka video tu viral. Memang diri saya macam tu.

"Ada yang komen kata saya hidup berpaksikan lelaki. Ada juga yang cadangkan cantikkan diri dahulu sebelum nak buat video.

Dayah akui tak kecil hati dengan komen yang diterima di Twitter.

"Bagi saya, mungkin orang tu rasa saya serius dengan kapsyen ditulis. Walaupun menghiris hati, saya tetap tak ambil hati sebab mereka pun tak kenal saya," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dari Muar, Johor itu mengakui kini fokus dengan pelajaran dan bercadang membuka akaun YouTube apabila berkelapangan kelak.

Malah, dia juga bercadang menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, seterusnya mempertaruhkan bakatnya jika berpeluang menjadi pengacara suatu masa nanti.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
bakat, YouTuber, vlog, tersasul, hos, kemahiran

Artikel Lain