suria

Kecoh di TikTok kisah anak ada ‘kawan’! Ibu dedah gangguan bermula sewaktu hamil di UK - “Jam 12 malam dia main tarik selimut”

Salah satu video seram yang dikongsi memaparkan anaknya yang tiba-tiba mahu ke arah pantai seolah-olah sedang melihat sesuatu.

HATI ibu mana yang tak risau sekiranya anak kecil asyik mengalami gangguan misteri sejak setahun yang lalu.

Tular di TikTok menerusi siri perkongsian video-video seram, ibu kepada dua cahaya mata yang mahu dikenali sebagai Amelia mengakui segalanya bermula sewaktu dia mengandungkan anak sulungnya di United Kingdom (UK), sekitar dua tahun lalu.

"Cerita bermula sewaktu saya mengandungkan Affan. Masa tu saya dah habis belajar, cuma teman suami di sana. Sewaktu kandungan masuk fasa tiga ke empat bulan, saya kerap bermimpi mengenai seorang budak perempuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siang tapi seram! Kanak-kanak berkelakuan pelik di kedai makan timbul tanda tanya, ibu dengar suara sendiri menangis dalam tandas - “Dia tunjuk-tunjuk dengan jari, saya pun takut”

ARTIKEL BERKAITAN: Bagai nak luruh jantung... 3 remaja terserempak entiti seram pukul 1 pagi, salah seorang hampir demam terkejut - “Sampai ke tempat tu, dah tak ada”

"Masa tu saya ingat saya hamil anak perempuan. Kemudian saya turut bermimpi perempuan tua datang pegang perut. Suami juga ada cakap saya meracau waktu tidur.

"Tahun lepas balik Malaysia, Affan pun dah pandai bercakap sikit-sikit, jadi lagi teruk masa tu. Kat UK tak adalah teruk sangat, sebab masa tu pun dia kecil lagi," ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Memperincikan apa yang berlaku, Amelia berkata anaknya yang kini berumur dua tahun seakan terbuka hijab apabila sering menyapa individu tidak dikenali, malah tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia.

Malah kata wanita berusia 27 tahun itu, dia turut membawa Affan bertemu pengamal perubatan tradisional dan dimaklumkan sememangnya ada gangguan makhluk halus.

"Saya ingat selepas bersalin seminggu, saya demam panas. Saya pengsan dan dibawa ke hospital. Memang tak ingat apa-apa. Tapi suami cakap tenaga saya luar biasa, saya mengamuk di hospital.

"Masa jumpa seorang ustazah, dia kata ada sesuatu tumpang badan saya. Affan pun kami dah bawa jumpa ustaz dalam tiga kali.

Sedutan video yang dikongsi sehingga menerima 1.2 juta tontonan di TikTok.

"Sejak setahun lepas, dia mula tegur-tegur sendirian pada waktu malam. Pukul 12 malam, dia main tarik selimut sendirian.

"Bila saya baca ayat al-Quran, terus dia kata bye. Dia tunjuk pada arah penjuru. Ada beberapa kejadian bukan sahaja di rumah, malah sewaktu kami menyewa apartmen dan sewaktu ke pantai.

"Ada satu masa kami sewa di sebuah apartmen, dia tegur sesuatu pada tingkap waktu Maghrib. Next day terus dia demam.

Orang yang tak alami bolehlah bercakap. Saya sebagai mak nak yang terbaik untuk anak.

AMELIA

"Ustaz tak maklumkan apa berlaku sebenarnya, tapi dia kata benda tu dah lama ikut Affan. Dia juga tanya sekiranya saya ada mimpi pelik-pelik sewaktu hamil," ujarnya.

Menurut wanita itu lagi, dia lega apabila gangguan kini beransur kurang.

Malah, jauh di sudut hati dia mengharapkan agar anaknya itu sembuh seperti sedia kala.

"Alhamdulillah dah kurang sikit, tapi ustaz kata ambil masa untuk betul-betul bebas gangguan. Bila saya kongsi di TikTok, ada juga yang cerita mereka alami benda sama.

Video kejadian di pantai turut mencuri perhatian ramai.

"Saya pun tak tahu kenapa saya terpilih. Ada yang komen kata saya berlakon. Orang yang tak alami bolehlah bercakap. Saya sebagai mak nak yang terbaik untuk anak," ujarnya lagi.

Dalam beberapa perkongsian di TikTok, salah satu video melibatkan Affan turut menerima lebih 1.2 juta jumlah tontonan.

Kata Amelia, dia bukan mahu mencari populariti sebaliknya hanya berkongsi kisah yang dialaminya sekeluarga.

Antara video seram lain yang turut tular termasuklah aksi Affan di sebuah pantai yang seolah-olah menegur entiti misteri yang disebut sebagai 'kawan' sehingga kini menerima 120,000 tontonan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain