SEORANG pemuda tidak menyangka dia yang selama ini membaca mengenai pengalaman orang lain menjadi mangsa penipuan atau scam, tetapi akhirnya diri sendiri turut terjerat. "Lama jugalah aku termenung tadi selepas RM2,000 aku lesap macam tu je hari ni. Sebelum ni selalu baca je pengalaman orang kena scam, rasa diri ni macam dah penuh ilmu dah yakin tak kena scam, last last terciduk jua," luahnya menerusi satu ciapan di laman Twitter. Bercakap kepada mStar, Haris Hidayat Suhariyanto berkata, insiden berlaku selepas dia menjual sebuah telefon bimbit terpakai berharga RM2,099 kepada seorang pelanggan, baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: 'Gigit jari' telefon lesap, pemuda dedah bagaimana kena game dengan penipu duit palsu,"Datang lambat... isteri bertudung, nampak macam orang berduit" ARTIKEL BERKAITAN: Banyak kali terlepas jadi mangsa tipu COD, lelaki tak percaya 'postage' gigit jari masuk juga perangkap penyangak - "Enam minit lesap RM9,000" Selepas melakukan rundingan secara dalam talian dan aplikasi WhatsApp, pemuda berusia 24 tahun itu dan bakal pembeli bersetuju untuk berjumpa di sebuah kedai makan dekat Tapah, Perak pada Isnin lalu. Luahan Haris selepas ditipu seorang pelanggan. "Saya berjinak-jinak dalam bisnes jual beli (trade) handphone sebab nak pakai duit untuk guna masa belajar di universiti nanti. Trading pertama dua hari sebelum kejadian berjaya. "Untuk yang trading kedua ni, pelanggan baharu ni kira nampak okay. Orangnya peramah dan nampak meyakinkan," katanya. Lebih mesra disapa Haris, pemuda yang berasal dari Slim River itu bagaimanapun tidak menyangka terpedaya dengan personaliti ramah pelanggan berkenaan. "Masa di kedai makan tu katanya nak buat instant transfer. Saya nampak dia buat betul, tapi lepas tu dia tarik telefon dia tak bagi saya tengok. "Saya ingat dia tak nak tunjuk baki akaun sebab privasi. Dia kemudian hantar resit transfer melalui WhatsApp. Ada tertulis accepted for processing tapi pelik juga sebab duit masih tak masuk-masuk. Telefon terpakai yang dijual Haris kepada pelanggan tersebut. "Cara dia meyakinkan dan minta saya tunggu dulu. Kami kemudian berpecah dan bila masuk dalam kereta baru rasa tertipu. Bila keluar semula cari dia dah tak ada," ujarnya. Lebih mengejutkan anak sulung daripada dua beradik itu apabila imej salinan resit yang dihantar sebelum itu telah dipadam secara 'unsend' oleh pelanggan berkenaan di aplikasi WhatsApp. "Berhari-hari juga saya mesej dia persoalkan kenapa padam dan kenapa duit tak masuk-masuk lagi. Macam-macam alasan dia bagi. Saya ni bukannya datang dari keluarga yang senang. Ibu ada penyakit strok dan ayah bekerja sebagai buruh binaan HARIS HIDAYAT SUHARIYANTO "Saya tahu mungkin sukar nak dapat telefon tu balik, jadi saya kata kalau tak bayar harga telefon tu saya akan buat laporan polis," katanya. Selepas beberapa hari membuat rundingan, dia akhirnya menerima dua bayaran masing-masing berjumlah RM400 dan RM300, tetapi masih menunggu baki RM1,399 atau rancangan untuk membuat laporan polis akan diteruskan. Sebahagian mesej antara Haris bersama pelanggan yang didakwa menipu dan individu yang mendakwa dirinya sebagai abang pelanggan berkenaan. Namun, di sebalik kejadian itu, Haris yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebenarnya memperoleh modal untuk bisnes jual beli telefon terpakai dengan hasil kerja sebagai kontraktor sambilan. "Modal tu hasil saya bancuh simen, angkat batu-bata dan berpanas serta berpeluh untuk kerja-kerja menyiapkan rumah. Saya ni bukannya datang dari keluarga yang senang dan ibu berusia 56 tahun ada penyakit strok. "Ayah saya berusia pula 64 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan. Saya masuk universiti kalau boleh tak nak minta sesen pun daripada mak ayah. Saya mengharapkan 100 peratus daripada separa biasiswa (separuh lagi adalah pinjaman) dan juga kerja sambilan semasa cuti semester dan bisnes servis baiki laptop di universiti," katanya. Mengambil iktibar di atas kejadian yang menimpanya, Haris menasihatkan orang ramai terutama penjual supaya lebih berhati-hati ketika melakukan transaksi dengan pelanggan. "Jangan jadi macam saya, terlalu percayakan pembeli. Kalau pembeli kata nak cancel beli pun lebih baik batalkan saja daripada rugi terus," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!