suria

Cikgu disiplin sekolah kacak tapi garang, paling win berleter dialek Kelantan di TikTok - “Selagi tak ganggu kerja , waktu mengajar... tiada masalah”

Jamie mengakui aplikasi TikTok juga banyak memberi manfaat jika digunakan sebaiknya.

SESIAPA sahaja berhak untuk memiliki akaun TikTok.

Demikian kata seorang guru bahasa Inggeris, Wan Muhamad Fahmi Marzuki, 28, yang kini meraih peminat tersendiri menerusi aplikasi video popular itu.

Berasal dari Kubang Kerian, Kelantan, dia yang mesra disapa Jamie berpendapat platform itu juga banyak membawa manfaat jika digunakan sebaiknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak sindrom down jadi mangsa komen jahat di TikTok, disyaki kerja budak sekolah rendah... ramai terkilan sampaikan Neelofa titip pesanan buat Puteri Bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh di TikTok kisah anak ada ‘kawan’! Ibu dedah gangguan bermula sewaktu hamil di UK - “Jam 12 malam dia main tarik selimut”

"Saya mula buat TikTok sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tujuannya untuk suka-suka sahaja.

"Saya tengok banyak benda yang kita boleh buat menerusi TikTok. Saya juga banyak ekspresi diri melalui TikTok.

"Saya suka membebel dalam TikTok. Kat sekolah pun begitu juga, membebel dengan cara sendiri," ujarnya kepada mStar.

Jamie selesa bercakap loghat Kelantan menerusi TikTok.

Mengulas persepsi negatif segelintir individu yang menganggap aplikasi itu tidak sesuai dengan golongan pendidik, Jamie ada pendapatnya sendiri.

Ujarnya, tiada apa yang salah selagi ia tidak mengganggu tugasan hakiki yang sudah diamanahkan.

"Bagi saya tak ada masalah. TikTok juga satu plaftorm untuk bersosial sebagaimana media sosial yang lain.

Saya kat sekolah cikgu disiplin, agak garang sikit. Mereka kata saya lain. Di sekolah lain, di TikTok lain.

WAN MUHAMAD FAHMI MARUZKI

"Menerusi TikTok juga saya boleh sebarkan aura positif., sebar kesedaran mengenai sesuatu isu dan mendidik, sebab ramai pengguna TikTok dalam kalangan budak-budak.

"Selagi tak ganggu kerja dan waktu mengajar, tiada masalah. Kita juga kena tahu batas-batas kerana guru adalah cerminan masyarakat, jadi tak boleh nak over sangat," katanya lagi.

Menurut Jamie yang juga guru disiplin, dia juga sering ditegur murid-muridnya di sekolah selepas mereka melihat video-video miliknya di TikTok.

"Ramai murid tegur. Saya kat sekolah cikgu disiplin, agak garang sikit. Mereka kata saya lain. Di sekolah lain, di TikTok lain.

Jamie merupakan guru disiplin di sekolahnya.

"Alhamdulillah, saya bersyukur sebab rakan-rakan sekerja juga faham, asalkan saya jaga batas dan content yang dikongsi di TikTok," ujarnya yang mengajar di sebuah sekolah rendah di ibu negara.

Dalam pada itu, Jamie mengakui selesa membuat video sambil bertutur dalam dialek Kelantan menerusi TikTok.

"Ada ramai orang luar yang kata tak faham. Tapi saya selesa guna bahasa Kelantan. Saya rasa lebih personal.

"Bila guna bahasa Kelantan, apa yang nak diperkatakan bagaikan keluar dari hati," ujarnya dalam nada berseloroh.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain