KISAH pengorbanan seorang abang yang mahu membantu adiknya menjadi YouTuber berjaya meraih perhatian ramai di Twitter. Menurut Mohammad Abu Ayyub Ansari Roslin yang kini menetap di Melbourne, Australia, dia berasa terpanggil untuk membantu adiknya sehingga sanggup membuat hebahan di Twitter. Mesra disapa Ansari, dia juga bakal membuat peraduan dengan hadiah wang bernilai RM1,000 jika jumlah subscribers YouTube adiknya mencecah 10,000 orang. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 10 anak cuba nasib jadi YouTuber pada usia 50 tahun... ada kisah pilu di sebalik pemilihan nama ‘Bonda Sebelas’ ARTIKEL BERKAITAN: Bisnes baju merosot, tapi permintaan resepi meningkat walau masak suka-suka... lelaki ini manfaatkan pengalaman ibu bergelar Youtuber "Adik saya seorang yang bekerja keras. Jadi saya cuba nak membantu dia. Dia bersungguh-sungguh buat YouTube, dalam setahun subscribers ada sekitar 1,600 orang. "Saya buat hebahan di Twitter untuk naikkan lagi subscribers dia, bagi dia makin bersemangat. Bab adik beradik ni, saya memang nak tolong sampai berjaya. "Memang saya nak buat contest. Hadiah yang ditawarkan tu merupakan tarikan untuk orang ramai subscribe YouTube adik saya," kata jejaka berusia 33 tahun itu kepada mStar. Lah kini mempunyai 1,600 subscribers di YouTube. Menurut Ansari lagi, dia juga berterima kasih dengan sokongan warga Twitter yang mahu membantu biarpun tidak mengenali antara satu sama lain di dunia nyata. "Sebelum ada Twitter, orang kata ia media sosial yang banyak perkara negatif. Namun saya dapati, banyak benda positif di Twitter. Antara video di YouTube milik Lah yang dimulakan sejak setahun lalu. "Terima kasih sebab bantu saya. Mungkin ini salah satu hadiah untuk adik saya sempena hari ulang tahun kelahirannya pada 23 Oktober ini," ujarnya lagi. Dalam pada itu, adik kepada Ansari, Mohammad Abdullah, 32, yang menetap di Sri Kembangan, Selangor mengakui terharu dengan usaha yang dilakukan abangnya. Saya terharu sebab dia satu-satunya abang saya. MOHAMMAD ABDULLAH ROSLIN Mesra disapa Lah, dia sendiri tidak tahu abangnya membuat hebahan mengenai akaun YouTube miliknya yang dikenali sebagai Lahh Alola sehingga dimaklumkan oleh pihak mStar yang menghubunginya pada Rabu petang. "Saya terharu sebab dia satu-satunya abang saya. Dia memang banyak bantu saya. Dia memang suka buat kejutan, saya pun tak tahu pasal posting di Twitter tu. Ansari bersama anak-anaknya yang kini menetap di Australia. "Kami lima beradik, saya anak kedua dan kami ada tiga lagi adik perempuan. Dulu pun saya bekerja di Australia, tapi dah kembali ke tanah air pada tahun lepas. "Saya teruja sangat dan berterima kasih pada yang tolong. InsyaAllah saya akan hasilkan lebih banyak content menarik di YouTube. "Saya kalau boleh nak buat video macam orang luar negara yang memasak tepi sungai dan sebagainya. Antara video yang saya dah hasilkan di YouTube, ada video travel dan makan-makan," kata Lah lagi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!