SEBELUM ini, nama Abam Botak cukup terkenal dalam menyediakan khidmat van jenazah percuma di sekitar negeri Sabah. Kali ini, empunya nama Yunizam Yusop itu sekali lagi menerima pujian ramai apabila turut terlibat dalam pengurusan jenazah Covid-19. Malah, dia turut berkongsi foto-foto serta video menerusi laman Facebook sehingga ia mengundang sebak dalam kalangan netizen. ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu kelu, 2 kali tumpah air mata lihat bapa daif 5 jam peluk jenazah anak, “Dia masuk van, kami dah mula menangis” ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan kereta yang dia bagi, tapi amanah” - Pemuda lega tiba-tiba dapat bantuan selepas van bawa jenazah terlibat kemalangan Mesra disapa Yunizam, dia mengakui usaha murni berkenaan berjaya direalisasikan apabila pihaknya bekerjasama dengan Hopsital Dutchess of Kent yang terletak di Sandakan. "Sewaktu awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lagi kami sudah terlibat menguruskan suspek Covid-19. "Alang-alang dah tahu bagaimana prosedur operasi standard (SOP), terus langsung ke pengurusan jenazah pesakit Covid-19. Yunizam atau Abam Botak dikenali atas khidmat baktinya menyediakan van jenazah percuma di Sabah. "Pasukan saya ada lapan orang. Setiap kali kebumikan jenazah pesakit Covid-19, kami akan dipantau oleh pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," ujarnya kepada mStar. Menurut jejaka berusia 32 tahun itu, pengalaman menguruskan jenazah Covid-19 memiliki cabaran yang tersendiri. Malah, dia turut menyifatkannya sebagai satu pengalaman baharu yang cukup menginsafkan sehingga kadang-kala turut sama mengalirkan air mata. Ada juga ahli keluarga mangsa yang minta kami rakam video dan ambil gambar. YUNIZAM YUSOP "Cabaran lebih banyak berbanding jenazah biasa yang kami uruskan sebelum ini. Kena jaga keselamatan, tak boleh salah walau sedikit pun. Salah step kita boleh kecundang. "Awal-awal tu memang takut. Tapi lama kelamaan dah makin OK. Kalau kami tak buat, siapa lagi nak bantu? "Sebab waris tak boleh ikut serta. Nak iringi jenazah pun tak dapat. Ada juga ahli keluarga mangsa yang minta kami rakam video dan ambil gambar. Pasukan Abam Botak berehat di sisi van jenazah mereka. Foto: Rafik Photography. "Kenangan terakhir untuk mereka. Sampai saya pun menangis sebab sebak memikirkan waris yang tak dapat iringi keluarga ke kubur," ujarnya. Sehingga kini, Yunizam dan pasukannya sudah menguruskan sekitar 15 jenazah pesakit Covid-19. Foto yang dikongsi meraih perhatian ramai di Facebok. Foto: Rafik Photography. Dalam pada itu, dia yang mengakui risau dengan perkembangan Covid-19 di negara ini meminta orang ramai agar terus patuh SOP dan menjaga keselamatan masing-masing. Malah, dia turut menzahirkan penghargaan buat semua petugas barisan hadapan negara ini yang saban hari berkorban dalam menguruskan penularan wabak itu. Kata Yunizam lagi, dia juga terbuka seandainya ada mana-mana pihak yang mahu menyalurkan sumbangan dalam usaha dia serta pasukan meneruskan khidmat percuma itu di Sabah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on Oct 21, 2020 at 4:17pm PDT Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!